24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

154

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Laporan Pengarah

Para pengarah dengan ini membentangkan laporan mereka diiringi penyata kewangan teraudit bagi Kumpulan

dan Syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Aktiviti Utama

Aktiviti utama Syarikat adalah pembangunan dan pelaburan hartanah, serta pemegangan pelaburan.

Aktiviti utama subsidiari adalah:

(i) pembangunan dan pelaburan hartanah;

(ii) operasi hotel dan taman tema serta aktiviti yang berkaitan;

(iii) menyediakan kemudahan kelab rekreasi;

(iv) operasi perniagaan perjalanan, pelancongan serta aktiviti yang berkaitan;

(v) operasi pusat perubatan; dan

(vi) perniagaan perkongsian masa.

Tiada perubahan ketara dalam sifat aktiviti utama syarikat sepanjang tempoh kewangan ini.

Perubahan Akhir Tahun Kewangan

Akhir tahun kewangan Syarikat dan kesemua subsidiarinya ditukar dari 30 Jun ke 31 Disember. Selaras dengan itu,

penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 meliputi tempoh

18 bulan berbanding tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2008 yang meliputi tempoh 12 bulan, dengan itu

jumlah perbandingan tidak berkaitan dengan tempoh yang boleh dibandingkan.

Keputusan

Kumpulan

RM’000

Syarikat

RM’000

Untung/(rugi) bagi tempoh 865,880 (175,227)

Boleh diagihkan kepada:

Pemegang ekuiti Syarikat 537,908 (175,227)

Kepentingan minoriti 327,972 -

865,880 (175,227)

Tiada pemindahan material daripada atau kepada rizab atau peruntukan dilakukan sepanjang tempoh kewangan

ini selain daripada yang dinyatakan dalam penyata kewangan ini.

Pada pendapat para Pengarah, keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tempoh kewangan ini tidak

dipengaruhi secara material oleh sebarang item, transaksi atau peristiwa yang bersifat material atau luar biasa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!