24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

FAKTOR RISIKO UTAMA

Pengurusan risiko dalam Kumpulan meliputi proses

pengenalan risiko secara berterusan di mana semua

Unit Perniagaan mengenal pasti dan mendaftar

risiko mereka masing-masing ke dalam daftar risiko

yang kemudiannya dikumpulkan dan disusun dalam

Kad Skor Risiko Korporat. Pengurusan setiap Unit

Perniagaan menggunakan pendekatan pengurusan

risiko strategik dari atas ke bawah. Terdapat berbagai

proses dan sistem untuk menjejaki dan mengurangkan

risiko sedia ada dan baharu yang dihadapi oleh

perniagaan Kumpulan.

Risiko dalam Kumpulan dibahagikan kepada 10

kategori yang luas meskipun mungkin ada bidang

yang saling bertindih:-

(a) Luar

(b) Kawal selia

(c) Undang-undang

(d) Tadbir Urus Korporat

(e) Kewangan

(f ) Pelanggan

(g) Produk dan Perkhidmatan

(h) Pembekal

(i) Modal Insan

(j) Operasi

Pengurusan Risiko Perusahaan

Risiko Utama Sepanjang Tempoh Kewangan

Berakhir 31 Disember 2009

Sepanjang tempoh kewangan lalu, risiko utama yang

dihadapi oleh Kumpulan diringkaskan seperti di

bawah:-

1. Risiko Strategik

Risiko strategik juga merupakan risiko yang

organisasi perlu ambil dalam usaha melebarkan

sayap dan untuk kesinambungan jangka panjang

dan kemapanan organisasi. Krisis ekonomi yang

dihadapi telah mengakibatkan cabaran yang

kompleks bagi semua perniagaan. Kumpulan

turut menghadapi risiko strategik kerana

pengembangan yang dijalankan dan projek

yang dikendalikan secara global. Namun begitu,

pengurusan sudah melaksanakan segala usaha

yang diperlukan untuk menganalisis pasaran

baharu dan juga berganding rapat dengan

rakan perniagaan setempat demi menguruskan

masalah rumit yang dihadapi ini.

2. Risiko Negara

Dengan kehadiran dari segi geografi di beberapa

negara secara serentak, perniagaan Kumpulan

terdedah kepada tahap berbeza risiko di negaranegara

ini. Kumpulan menjalin kerjasama erat

dengan rakan perniagaan setempat dan pihak

berkuasa untuk memastikan mereka sentiasa

termaklum mengenai perkembangan terkini dari

segi perkembangan politik dan ekonomi, risiko

negara serta perubahan dalam bidang undangundang

dan kawal selia.

3. Risiko Kewangan

Risiko kewangan yang dihadapi oleh organisasi

berhubung kait dengan kadar faedah, mata wang

asing, kecairan dan kredit. Pengurusan risiko

kewangan berusaha untuk memastikan bahawa

terdapat pengurangan dalam aliran keluar tunai

dan penambahan dalam aliran masuk tunai demi

memastikan perniagaan Kumpulan mampu terus

berkembang. Pada masa yang sama, ia turut

mengambil kira kesan risiko naik turun mata

wang, risiko kadar faedah, dan risiko lain yang

berkaitan dengan pasaran kewangan luar.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 147

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!