24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

146

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pengurusan Risiko Perusahaan

STRUKTUR PENGURUSAN RISIKO

Struktur pengurusan risiko mewakili hierarki yang

digunakan untuk menyelia dan mengurus risiko

Kumpulan.

Jawatankuasa Kerja Risiko (“RWC”)

Di SunCity, kakitangan pengurusan utama dan ketua

jabatan diberi amanah oleh RWC untuk mengenal

pasti dan mengurus risiko dalam ruang lingkup dan

standard yang ditakrif. RWC mengenal pasti risiko

yang termasuk dalam bidang tanggungjawabnya

serta kesan yang mungkin terhasil daripada risiko

ini. RWC juga bertanggungjawab untuk mengenal

pasti penunjuk prestasi dan rancangan pengurangan

yang akan membolehkan mereka mengawasi dan

mengurangkan kesan risiko ke atas perniagaan utama

dan aktiviti kewangan mereka.

RWC bermesyuarat setiap suku tahun. Risiko utama

yang telah dikenal pasti dalam bidang operasinya

seterusnya dimaklumkan kepada Jawatankuasa

Pengurusan Risiko.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”)

RMC menerajui urusan mempertimbangkan isu

pengurusan risiko bagi pihak Lembaga Pengarah dan

menyediakan khidmat nasihat dan maklum balas

kepada Lembaga Pengarah seperti yang sewajarnya.

Tanggungjawab RMC boleh diringkaskan kepada

3 bidang:-

(a) Penyeliaan rangka kerja risiko – memastikan

bahawa rangka kerja risiko ini sesuai untuk

tujuannya dan beroperasi secara berkesan.

(b) Memprofil risiko seluruh perusahaan –

memastikan profil risiko seluruh perusahaan

diurus dalam ruang lingkup selera risiko

Kumpulan. Ini merangkumi tanggungjawab

mengkaji semula rancangan pengurangan bagi

risiko seluruh perusahaan utama.

(c) Pelaporan risiko – memastikan bahawa risiko

utama dilaporkan kepada pihak Lembaga

Pengarah. Risiko yang ketara dilaporkan seiringan

dengan rancangan pengurangannya.

Lembaga Pengarah (“BOD”)

BOD SunCity memantau dan menyelia ERM dan

memastikan bahawa proses pengurusan risiko yang

dibentuk dan dilaksanakan dalam Kumpulan sejajar

dengan strategi korporat BOD dan berfungsi seperti

yang diarahkan. BOD turut memastikan bahawa

langkah yang sewajarnya diambil untuk memupuk

budaya pembuatan keputusan yang diselaraskan

menurut risiko di seluruh organisasi.

Bahagian Pengurusan Risiko Kumpulan (“GRMD”)

Peranan utama GRMD adalah untuk memastikan

bahawa risiko perniagaan, yang mungkin menyentuh

strategi, operasi, kewangan, alam sekitar atau yang

melibatkan reputasi Kumpulan, difahami dan boleh

dilihat oleh semua yang terlibat. GRMD terus berusaha

untuk menambah baik pengurusan risiko dengan

berkongsi amalan terbaik di seluruh organisasi.

Tadbir Urus Korporat

D

Modal Insan Kawalselia

Kewangan

RWC

Luaran

RMC

G

M

BOD

Pembekal

Operasi

Undangundang

Produk dan Perkhidmatan Pelanggan

R

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!