24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

• Manual dasar dan prosedur yang komprehensif

bagi kesemua unit operasi utama yang

menyediakan garis panduan dan had autoriti

yang merangkumi berbagai hal ehwal operasi,

kewangan, sumber manusia serta kesihatan dan

keselamatan.

• Penggunaan intranet sebagai satu kaedah yang

berkesan untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu.

• Mesyuarat pengurusan bahagian yang kerap

diadakan yang melibatkan penyemakan semula

operasi, prestasi kewangan, hal ehwal sumber

manusia dan rancangan perniagaan Kumpulan.

• Penyampaian dasar dan garis panduan berhubung

hal ehwal sumber manusia kepada kesemua para

pekerja melalui buku panduan kakitangan yang

juga disediakan melalui intranet.

• Sistem penilaian prestasi sistematik bagi kesemua

peringkat kakitangan.

• Latihan berkaitan yang disediakan kepada

kakitangan kesemua fungsi untuk mengekalkan

tahap kecekapan dan keupayaan yang tinggi.

• Inisiatif peningkatan kualiti berterusan seperti

pentauliahan ISO 9001:2000.

• Fungsi audit dalaman yang mengendalikan audit

dalaman berdasarkan rancangan audit berasaskan

risiko tahunan yang diluluskan oleh Jawatankuasa

Audit (“AC”).

Mekanisme Jaminan

AC diamanahkan oleh Lembaga Pengarah dengan tugas

mengkaji semula dan memantau keberkesanan sistem

kawalan dalaman Kumpulan. Dalam melaksanakan

tanggungjawabnya, AC bergantung kepada sokongan

Jabatan Audit Dalaman Kumpulan (“GIAD”) yang

menjalankan audit dalaman ke atas berbagai unit

operasi dalam Kumpulan berdasarkan rancangan audit

berasaskan risiko yang diluluskan setiap tahun oleh AC.

Berdasarkan audit ini, GIAD menyediakan laporan

berkala untuk AC dengan menyerlahkan pemerhatian,

cadangan dan pelan tindakan pengurusan untuk

memperbaiki sistem kawalan dalaman Kumpulan.

Di samping itu, AC turut mengkaji semula dan

mempertimbangkan sebarang perkara yang berkaitan

dengan kawalan dalaman yang diserlahkan oleh

Juruaudit Luar sepanjang audit statutori yang mereka

lakukan ke atas penyata kewangan Kumpulan.

Pernyataan Kawalan Dalaman

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada keperluan

perakuan ISO 9001:2000 yang ditauliahkan kepada

aktiviti pembangunan hartanah Kumpulan dan Sunway

Medical Centre Berhad, audit berjadual dilaksanakan

oleh juruaudit dalaman syarikat serta oleh juruaudit

badan pentauliahan yang berkaitan. Keputusan audit

dilaporkan kepada pihak pengurusan.

Laporan AC dibentangkan pada halaman 137 hingga

141 Laporan Tahunan ini.

KOMITMEN LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah menyedari bahawa Kumpulan

beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang

dinamik yang memerlukan sistem kawalan dalaman

yang responsif agar dapat menyokong objektif

perniagaannya. Untuk mencapai matlamat ini, Lembaga

Pengarah kekal komited untuk mengekalkan sistem

kawalan dalaman yang kukuh dan berwibawa dan

meyakini bahawa keseimbangan objektif perniagaan

dan kecekapan operasi mampu dicapai.

KESIMPULAN LEMBAGA PENGARAH

Pihak Lembaga Pengarah dengan suka cita melaporkan

bahawa keadaan sistem kawalan dalaman dan kaedah

pengurusan risiko yang diamalkan mampu mencapai

objektif Kumpulan, iaitu untuk memastikan tadbir urus

korporat yang baik. Tiada kegagalan atau kelemahan

kawalan yang material yang boleh memberi kesan

buruk yang material ke atas keputusan Kumpulan bagi

tahun dalam kajian.

Pernyataan Kawalan Dalaman ini telah diluluskan

oleh Lembaga Pengarah pada 25 Februari 2010.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling, AO

Pengerusi Eksekutif

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 143

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!