24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

142

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pernyataan Kawalan Dalaman

PENGENALAN

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia menetapkan bahawa

Lembaga Pengarah bagi syarikat tersenarai awam

hendaklah memastikan sistem kawalan dalaman yang

utuh demi memelihara pelaburan para pemegang

saham dan aset Kumpulan. Di bawah ini dibentangkan

Pernyataan Kawalan Dalaman Lembaga Pengarah

(Lembaga Pengarah) SunCity (“Kumpulan”) sebagai

sebuah Kumpulan, yang dibuat untuk mematuhi

Perenggan 15.26 Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia

Securities Berhad dan Pernyataan Kawalan Dalaman:

Panduan bagi Pengarah Syarikat Tersenarai Awam.

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

Pihak Lembaga Pengarah memandang berat, dan

komited untuk mengekalkan sistem kawalan dalaman

dan amalan pengurusan risiko yang utuh dalam

Kumpulan dalam usaha memastikan tadbir urus

korporat yang baik diamalkan. Lembaga Pengarah

menegaskan tanggungjawabnya untuk mengkaji

semula kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman

serta sistem maklumat pengurusan Kumpulan. Ini

termasuk sistem untuk memastikan pematuhan kepada

undang-undang yang berkuat kuasa, peraturan, arahan,

garis panduan dan amalan pengurusan risiko.

Namun begitu, seperti sebarang sistem kawalan

dalaman, sistem kawalan dalaman Kumpulan direka

untuk mengurus risiko demi mencapai objektif

perniagaan dan sebaliknya bukan untuk menyingkirkan

risiko kegagalan sama sekali. Dengan yang demikian,

sistem kawalan dalaman hanya boleh memberi

keyakinan yang munasabah dan bukan mutlak terhadap

salah nyata atau kerugian material.

SISTEM KAWALAN DALAMAN KUMPULAN

Mekanisme Pemantauan dan Gaya Pengurusan

Mesyuarat suku tahun Lembaga Pengarah,

Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan pihak

pengurusan yang dijadualkan setiap suku tahun adalah

antara platform utama yang membolehkan prestasi dan

tindakan Kumpulan dipantau. Pengendalian sehariharian

perniagaan diamanahkan kepada para Pengarah

Urusan (“MD”) dan pasukan pengurusan mereka

masing-masing. Ketua setiap subsidiari dan Jabatan

yang beroperasi dalam Kumpulan diamanahkan dengan

tanggungjawab mengurus operasi masing-masing, di

bawah penyeliaan Pengerusi Eksekutif dan MD.

Para MD menyampaikan harapan Lembaga Pengarah

secara aktif kepada pihak pengurusan dalam mesyuarat

pengurusan serta semasa mereka hadir dalam berbagai

mesyuarat projek/pemilik. Dalam mesyuarat ini, risiko

operasi dan kewangan dibincangkan dan ditangani.

Pihak Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk

menetapkan hala tuju perniagaan dan memantau peri

laku operasi Kumpulan melalui berbagai Jawatankuasa

Lembaga Pengarah dan mekanisme pelaporan

pengurusan. Melalui mekanisme ini, Lembaga Pengarah

dimaklumkan mengenai kesemua isu kawalan utama

yang berkaitan dengan kawalan dalaman, pematuhan

kawal selia dan pengambilan risiko.

Pengurusan Risiko Syarikat

Dalam mengendalikan tanggungjawab kepimpinannya,

Lembaga Pengarah mengiktiraf bahawa pengurusan

risiko yang berkesan adalah sebahagian daripada

amalan pengurusan perniagaan yang baik. Lembaga

Pengarah mengiktiraf bahawa kesemua bidang

aktiviti Kumpulan melibatkan berbagai tahap risiko

dan komited untuk memastikan yang Kumpulan

mempunyai rangka kerja pengurusan risiko yang

berkesan yang membolehkan Kumpulan mengenal

pasti, menilai dan mengurus risiko yang mempengaruhi

pencapaian objektif perniagaan Kumpulan tepat pada

masanya dan secara berkesan, dalam ruang lingkup

parameter risiko yang ditakrif.

Maklumat terperinci mengenai Pengurusan Risiko

Perusahaan dibentangkan pada halaman 144 hingga

147 Laporan Tahunan ini.

Unsur Utama bagi Sistem Kawalan Dalaman

Kumpulan

Sistem kawalan dalaman Kumpulan semasa

mengandungi unsur utama berikut:-

• Wawasan, misi, falsafah korporat dan hala tuju

strategik yang jelas yang disampaikan kepada para

pekerja di semua peringkat.

• Lembaga Pengarah yang mengekalkan kawalan ke

atas Kumpulan dengan mekanisme pengurusan

yang sewajarnya yang membolehkan Lembaga

Pengarah menyemak semula kemajuan Kumpulan.

• Bajet tahunan dan rancangan pengurusan

yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah

yang disediakan oleh setiap subsidiari semasa

pelaksanaan Rancangan Perniagaan dalam usaha

mempertimbangkan kekuatan, kelemahan,

peluang dan ancaman yang berkaitan termasuk

analisis pesaing, pasaran dan persekitaran yang

lebih luas.

• Jawatankuasa Lembaga Pengarah yang berkaitan

dengan bidang tugas formal yang menggariskan

fungsi dan kewajipan yang ditugaskan oleh

Lembaga Pengarah kepada mereka dengan jelas.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!