24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

140

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Laporan Jawatankuasa Audit

(b) pernyataan mengenai tanggungjawab

Lembaga Pengarah untuk penyediaan

penyata kewangan tahunan teraudit.

(c) pernyataan penzahiran mengenai

keadaan sistem kawalan dalaman Syarikat

dan Kumpulan.

(d) pernyataan Jawatankuasa Audit

mengenai pengesahan pengagihan

opsyen saham kepada para pekerja

Kumpulan yang layak menurut kriteria

yang ditetapkan dalam Undang-Undang

Kecil Skim Opsyen Saham Pekerja Syarikat,

pada akhir setiap tahun kewangan.

(e) penzahiran lain yang membentuk perkara

yang terkandung dalam laporan tahunan

dalam Bahagian A Lampiran 9C Syarat

Penyenaraian Bursa Securities.

Fungsi dan kewajiban di atas adalah tambahan

kepada fungsi lain seperti yang boleh dipersetujui

dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa ini dan

Lembaga Pengarah.

5. Jabatan Audit Dalaman

5.1 Ketua Jabatan Audit Dalaman hendaklah

mempunyai akses tanpa had kepada Ahli

Jawatankuasa dan melaporkan kepada

Jawatankuasa ini, yang mempunyai skop

tanggungjawab merangkumi pemantauan

pembangunan dan penubuhan fungsi audit

dalaman.

5.2 Dalam hal ehwal pentadbiran rutin, Ketua

Jabatan Audit Dalaman hendaklah melapor

kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan atau

individu yang ditugaskan oleh beliau.

RINGKASAN AKTIVITI JAWATANKUASA AUDIT

Aktiviti Jawatankuasa Audit sepanjang tempoh kewangan

berakhir 31 Disember 2009 merangkumi perkara berikut:-

(a) Mengkaji semula kecukupan dan kerelevanan

skop, fungsi, sumber, rancangan audit dalaman

berasaskan risiko dan keputusan proses audit

dalaman dengan Jabatan Audit Dalaman.

(b) Mengkaji semula aktiviti audit yang dijalankan oleh

Jabatan Audit Dalaman dan laporan audit yang

berkaitan demi memastikan tindakan pembetulan

diambil untuk menangani isu risiko yang

dilaporkan.

(c) Mengkaji semula dengan bantuan Jabatan Audit

Dalaman dan pihak pengurusan, kecukupan,

kesesuaian dan pematuhan kepada prosedur

yang ditetapkan untuk memantau transaksi pihak

berkaitan yang berulang-ulang.

(d) Mengkaji semula dengan Juruaudit Luar, rancangan

audit Syarikat dan Kumpulan bagi tempoh

(termasuk pendekatan risiko dan audit, penilaian

sistem, fi audit, isu yang dibangkitkan dan respons

pihak pengurusan) sebelum permulaan audit

tahunan.

(e) Mengkaji semula tahap bantuan yang diberi oleh

pihak pengurusan dan isu dan keraguan yang

muncul daripada audit dengan Juruaudit Luar,

tanpa kehadiran kakitangan pengurusan dan ahli

lembaga pengarah eksekutif.

(f ) Mengkaji semula penyata kewangan, laporan

audit, isu dan keraguan yang timbul daripada audit

statutori dengan Juruaudit Luar.

(g) Mengkaji semula dan membincangkan Akaun

Pengurusan dengan pihak pengurusan.

(h) Mengkaji semula keputusan suku tahun dan

penyata kewangan dengan pihak pengurusan dan

Juruaudit Luar untuk membuat cadangan kepada

pihak Lembaga Pengarah dan penyerahan kepada

Bursa Securities.

(i) Mengkaji semula kesemua transaksi pihak berkaitan

yang berulang-ulang yang disertai oleh Syarikat

dan Kumpulan semasa mesyuarat Jawatankuasa

yang diadakan setiap suku tahun, demi memastikan

yang ia berdasarkan urus niaga tulus dan mengikut

terma komersil biasa.

(j) Mengkaji semula dan meluluskan Pekeliling kepada

para Pemegang Saham mengenai cadangan

mandat para pemegang saham untuk transaksi

pihak berkaitan yang berulang-ulang dan cadangan

autoriti untuk membeli saham sendiri oleh Syarikat

serta sebagai pernyataan oleh Jawatankuasa Audit

mengenai cadangan mandat para pemegang

saham untuk transaksi pihak berkaitan yang

berulang-ulang.

(k) Mengkaji semula sebarang situasi konflik

kepentingan yang mungkin timbul dalam Syarikat

atau Kumpulan termasuk sebarang transaksi,

prosedur atau tingkah laku yang menimbulkan

keraguan mengenai integriti pihak pengurusan.

(l) Membincangkan implikasi sebarang perubahan

dan pengumuman mengenai Syarikat dan

Kumpulan, yang dikeluarkan oleh badan statutori

dan kawal selia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!