24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4. Fungsi Dan Kewajiban

4.1 Untuk mengkaji semula dan membuat

cadangan mengenai Piagam Audit Dalaman,

yang mentakrifkan tujuan, autoriti, skop dan

tanggungjawab bebas bagi fungsi audit

dalaman dalam Syarikat dan Kumpulan, untuk

diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

4.2 Untuk mengkaji semua perkara berikut dan

melaporkan kepada pihak Lembaga Pengarah:-

(a) Dengan Juruaudit Luar:-

(i) rancangan audit dan laporan audit

dan setakat mana bantuan yang

diberi oleh para pekerja pihak yang

diaudit;

(ii) penilaian sistem kawalan dalaman;

(iii) fi audit dan perkara yang berkaitan

dengan kesesuaian mereka yang

akan dicalonkan, dilantik dan dilantik

semula dan alasan yang mendasari

peletakan jawatan atau pemecatan

Juruaudit;

(iv) surat pengurusan dan respons pihak

pengurusan; dan

(v) isu dan keraguan yang berpunca

daripada audit.

(b) Dengan Jabatan Audit Dalaman:-

(i) kecukupan dan kerelevanan skop,

fungsi, kecekapan dan sumber

Audit Dalaman dan autoriti yang

diperlukan untuk melaksanakan

tugasnya;

(ii) rancangan audit bagi program kerja

dan keputusan proses audit dalaman

termasuk saranan dan tindakan yang

diambil;

(iii) setakat mana kerjasama dan

bantuan yang diberi oleh para

pekerja Pihak yang Diaudit; dan

(iv) penilaian prestasi audit dalaman

termasuk penilaian kakitangan kanan

dan apa-apa perkara yang berkaitan

dengan pelantikan dan penamatan

khidmat mereka.

(c) Keputusan suku tahun dan penyata

kewangan bagi tahun kewangan sebelum

diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah,

dengan memberi tumpuan khusus

kepada:-

(i) perubahan dan pelaksanaan dasar

dan amalan perakaunan utama;

(ii) isu penting dan luar biasa;

Laporan Jawatankuasa Audit

(iii) andaian usaha berterusan; dan

(iv) pematuhan kepada standard

perakaunan, kawal selia dan lain-lain

keperluan undang-undang.

(d) Penemuan utama penyiasatan dan

respons pihak pengurusan.

(e) Kesesuaian sebarang transaksi pihak

berkaitan dan sebarang situasi konflik

kepentingan yang mungkin timbul

dalam Syarikat atau Kumpulan termasuk

sebarang transaksi, prosedur atau tingkah

laku yang menimbulkan keraguan

mengenai integriti pihak pengurusan.

4.3 Untuk melaporkan sebarang pelanggaran

Keperluan Penyenaraian yang belum

diselesaikan secara memuaskan, kepada Bursa

Securities.

4.4 Untuk menyediakan Laporan Jawatankuasa

Audit untuk dilampirkan di dalam Laporan

Tahunan Syarikat, meliputi:-

(a) komposisi Jawatankuasa ini termasuk

nama, jawatan dan jawatan pengarah

ahlinya;

(b) bidang tugas Jawatankuasa ini;

(c) bilangan mesyuarat yang diadakan dan

butiran kehadiran setiap ahli;

(d) ringkasan aktiviti Jawatankuasa dalam

melaksanakan fungsi dan kewajipannya;

dan

(e) ringkasan aktiviti fungsi audit dalaman.

4.5 Untuk menyemak semula perkara berikut

untuk diterbitkan dalam Laporan Tahunan

Syarikat:-

(a) pernyataan penzahiran oleh Lembaga

Pengarah mengenai:-

(i) penerapan prinsip yang

dibentangkan dalam Bahagian I Kod

Tadbir Urus Korporat Malaysia, oleh

Syarikat; dan

(ii) tahap pematuhan terhadap amalan

terbaik yang dibentangkan dalam

Bahagian II Kod Tadbir Urus Korporat

Malaysia, dengan memberi alasan

bagi bidang yang tidak dipatuhi dan

langkah alternatif yang digunakan

dalam bidang tersebut.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 139

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!