24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

138

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Laporan Jawatankuasa Audit

1.4 Pengarah silih ganti tidak boleh dilantik

sebagai ahli Jawatankuasa ini.

1.5 Ahli Jawatankuasa ini hendaklah melantik

Pengerusi daripada kalangan mereka yang

merupakan seorang Pengarah Bebas.

1.6 Jika ahli Jawatankuasa ini meletak jawatan,

meninggal dunia atau atas apa jua sebab

berhenti daripada menjadi ahli dan

menyebabkan ketidakpatuhan kepada

perenggan 1.1, 1.2 atau 1.3 di atas, pihak

Lembaga Pengarah hendaklah mengisi

kekosongan ini dalam tempoh 3 bulan.

1.7 Terma jawatan dan prestasi Jawatankuasa

ini dan setiap ahlinya hendaklah dikaji

semula oleh pihak Lembaga Pengarah

sekurang-kurangnya setiap 3 tahun. Walau

bagaimanapun, pelantikan tamat apabila

seseorang ahli berhenti daripada menjadi

Pengarah.

2. Mesyuarat

2.1 Korum bagi Mesyuarat Jawatankuasa

hendaklah sekurang-kurangnya 2 ahli, dan

majoriti ahli hendaklah para Pengarah Bebas.

2.2 Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya 4 kali setahun, di

samping mesyuarat tambahan seperti yang

diputuskan oleh Pengerusi.

2.3 Tanpa mengambil kira perenggan 2.2 di

atas, Pengerusi hendaklah mengadakan

mesyuarat Jawatankuasa, setelah diminta

oleh mana-mana ahli Jawatankuasa ini,

Pengarah yang tidak menjadi ahli atau

Juruaudit Dalaman atau Luar; untuk

mempertimbangkan perkara yang

dibangkitkan.

2.4 Juruaudit Luar berhak untuk menghadiri

mesyuarat dan menyuarakan sebarang isu

dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa

ini dan hendaklah hadir di hadapan

Jawatankuasa ini apabila diperlukan.

2.5 Pengarah yang bukan ahli dan para

pekerja Syarikat dan Kumpulan yang

biasa menghadiri mesyuarat ini adalah

atas undangan Jawatankuasa ini, untuk

membantu dalam perbincangan dan

penyelesaian perkara yang dibangkitkan.

Namun begitu, Jawatankuasa ini hendaklah

bermesyuarat dengan Juruaudit Luar tanpa

kehadiran ahli lembaga pengarah eksekutif,

sekurang-kurangnya dua kali setahun.

2.6 Juruaudit Dalaman hendaklah menghadiri

kesemua mesyuarat untuk membentangkan

dan membincangkan laporan audit dan

perkara lain yang berkaitan. Mereka juga

perlu memberi saranan yang sehubungan

dengannya, di samping melakukan susulan

ke atas kesemua keputusan berkaitan yang

telah dibuat.

2.7 Setiausaha Syarikat hendaklah bertindak

sebagai Setiausaha Jawatankuasa ini

dan hendaklah bertanggungjawab, atas

persetujuan Pengerusi, untuk menyediakan

dan mengedarkan agenda dan notis

mesyuarat diiringi dokumentasi penerangan

kepada ahli, sebelum setiap mesyuarat.

2.8 Setiausaha Jawatankuasa ini adalah

diamanahkan untuk mencatat kesemua

prosiding dan minit mesyuarat

Jawatankuasa.

2.9 Di samping penyediaan minit mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan yang terperinci

yang diedarkan kepada kesemua ahli

Lembaga Pengarah, Jawatankuasa ini

akan memberi laporan ringkasan perkara

dan resolusi penting di setiap Mesyuarat

Lembaga Pengarah.

3. Hak dan Autoriti

Jawatankuasa ini diberi kuasa untuk:-

3.1 Menyiasat sebarang perkara dalam bidang

tugasnya.

3.2 Mempunyai sumber yang secukupnya

yang diperlukan untuk melaksanakan

kewajibannya.

3.3 Memiliki akses penuh dan tidak terhad

kepada maklumat, rekod dan dokumen yang

berkaitan dengan aktivitinya.

3.4 Mempunyai saluran perhubungan langsung

dengan Juruaudit Dalaman dan Luar.

3.5 Menggunakan khidmat, melakukan

rundingan dan mendapatkan nasihat

undang-undang luar dan profesional bebas

lain dan memastikan kehadiran individu luar

yang memiliki pengalaman dan kemahiran

yang berkaitan yang disifatkan sebagai perlu.

3.6 Mengadakan mesyuarat dengan Juruaudit

Luar, Juruaudit Dalaman atau kedua-duanya,

tanpa kehadiran para Pengarah lain dan

pekerja Syarikat, apabila disifatkan sebagai

perlu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!