24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENUBUHAN

Jawatankuasa Audit ditubuhkan oleh Lembaga

Pengarah di mesyuaratnya yang diadakan pada

29 Mac 1996.

Objektif Jawatankuasa Audit adalah untuk membantu

pihak Lembaga Pengarah dalam memenuhi

tanggungjawab fidusiari yang berkaitan dengan

kawalan dalaman, rekod kewangan dan perakaunan

serta dasar serta amalan pelaporan kewangan Syarikat

dan subsidiarinya (“Kumpulan”).

KOMPOSISI

Sepanjang tempoh kewangan berakhir 31 Disember

2009, Jawatankuasa Audit dianggotai oleh ahli berikut:-

1. Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji Mohd Hashim -

Pengerusi

(Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan)

2. Teo Tong How

(Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)

3. Tan Siak Tee

(Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)

MESYUARAT DAN KEHADIRAN

Jawatankuasa Audit telah mengadakan 7 mesyuarat

sepanjang tahun kewangan ini dan butiran kehadiran

Ahli Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

Nama Ahli

Jawatankuasa

Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin

Haji Mohd Hashim

Bilangan Mesyuarat

Yang Dihadiri

7/7

Teo Tong How 6/7

Tan Siak Tee 7/7

Ketua Pegawai Kewangan, Pengarah Urusan –

Pembangunan Hartanah dan Juruaudit Dalaman telah

diundang untuk menghadiri semua mesyuarat yang

diadakan. Juruaudit Luar telah hadir dalam 4 daripada

mesyuarat tersebut.

Laporan Jawatankuasa Audit

BIDANG TUGAS

1. Keahlian

1.1 Jawatankuasa ini hendaklah dilantik oleh

Lembaga Pengarah daripada kalangan para

Pengarah Syarikat dan hendaklah terdiri

daripada sekurang-kurangnya 3 orang ahli .

1.2 Kesemua ahli Jawatankuasa ini hendaklah

Pengarah bukan eksekutif, yang majoriti

adalah Pengarah Bebas seperti yang

ditakrifkan dalam Bab 1 Syarat Penyenaraian

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa

Securities”).

1.3 Ahli Jawatankuasa ini hendaklah

berpengetahuan dalam bidang kewangan

dan hendaklah dianggotai oleh sekurangkurangnya

seorang:-

(a) yang menjadi ahli Institut Akauntan

Malaysia; atau

(b) yang hendaklah memiliki pengalaman

bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun

dan:-

(i) telah lulus peperiksaan yang

dinyatakan dalam Bahagian I Jadual

Pertama Akta Akauntan, 1967; atau

(ii) menjadi ahli salah sebuah

Persatuan Akauntan yang

dinyatakan dalam Bahagian II

Jadual Pertama, Akta Akauntan,

1967; atau

(c) yang hendaklah memiliki sekurangkurangnya

3 tahun pengalaman pasca

kelayakan dalam bidang perakaunan

atau kewangan dan:-

(i) memiliki ijazah sarjana muda/

sarjana/kedoktoran dalam bidang

perakaunan atau kewangan; atau

(ii) menjadi ahli salah sebuah

organisasi perakaunan profesional

yang telah diterima sebagai ahli

penuh Persekutuan Akauntan

Antarabangsa (International

Federation of Accountants); atau

(d) hendaklah memiliki pengalaman

sekurang-kurangnya 7 tahun

sebagai ketua pegawai kewangan

sebuah syarikat atau menjawat

fungsi sebagai individu utama yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan

hal ehwal kewangan syarikat.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 137

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!