24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(b) untuk menggantung hak mana-mana

Pemegang Opsyen yang sedang melalui

prosiding disiplin (sama ada prosiding

disiplin tersebut mungkin menyebabkan

pemecatan atau penamatan perkhidmatan

Pemegang Opsyen tersebut atau tidak)

untuk melaksanakan opsyennya sementara

menunggu keputusan prosiding disiplin

tersebut. Di samping hak untuk menggantung

ini, Jawatankuasa ini juga boleh menetapkan

terma dan syarat yang Jawatankuasa ini

rasakan wajar menurut budi bicaranya,

mengenai hak pelaksanaan opsyennya setelah

mempertimbangkan sifat tuduhan yang

dibuat atau dibawa terhadap Pemegang

Opsyen tersebut DENGAN SYARAT SENTIASA

bahawa:-

(i) sekiranya Pemegang Opsyen tersebut

didapati tidak bersalah dalam tuduhan

yang menjadi punca kepada prosiding

disiplin ini, Jawatankuasa ini hendaklah

mengembalikan hak Pemegang Saham

tersebut untuk melaksanakan opsyennya;

atau

(ii) sekiranya Pemegang Opsyen ini

didapati melakukan kesalahan yang

mengakibatkan pemecatan atau

penamatan perkhidmatan Pemegang

Opsyen tersebut, opsyen ini hendaklah

tamat tanpa notis, setelah pengumuman

mengenai pemecatan atau penamatan

perkhidmatan Pemegang Opsyen ini

dibuat; atau

(iii) sekiranya Pemegang Opsyen tersebut

didapati bersalah tetapi tidak dipecat

atau penamatan perkhidmatan tidak

disyorkan, Jawatankuasa ini berhak

menurut budi bicaranya, menentukan

sama ada Pemegang Opsyen ini boleh

meneruskan pelaksanaan opsyennya, dan

jika dibenarkan, untuk menetapkan terma

dan syarat yang berkaitan yang dirasakan

patut, mengenai pelaksanaan tersebut.

3.3 Undang-Undang Kecil 20.1 menetapkan bahawa

Jawatankuasa ini boleh pada bila-bila masa dan

dari semasa ke semasa mencadangkan kepada

pihak Lembaga Pengarah, sebarang tambahan

atau pindaan kepada dan/atau penghapusan

Undang-Undang Kecil yang dirasakan patut

menurut budi bicara mutlaknya dan pihak

Bidang Tugas Jawatankuasa

Skim Opsyen Saham Pekerja

Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai

kuasa melalui resolusi untuk menambah kepada,

meminda dan/atau menghapuskan kesemua

atau mana-mana Undang-Undang Kecil menurut

cadangan tersebut, atau mana-mana bahagian

daripadanya yang mereka rasakan patut, tertakluk

pada kelulusan autoriti berkaitan serta undangundang,

peraturan, arahan dan garis panduan (jika

diperlukan) yang berkuat kuasa DENGAN SYARAT

tiada pindaan dan/atau pengubahsuaian tersebut

yang dibuat akan sama ada:-

(a) menjejaskan hak terakru mana-mana

Pemegang Opsyen yang telah menerima

opsyen tersebut tanpa terlebih dahulu

mendapatkan persetujuannya; atau

(b) meminda Undang-Undang Kecil, tanpa

kelulusan lebih awal para pemegang saham

Syarikat dalam mesyuarat agung demi

memanfaatkan mana-mana Pemegang

Opsyen atau sekumpulan Pemegang Opsyen

atau kesemua Pemegang Opsyen.

3.4 Autoriti lain seperti yang ditadbir oleh Undang-

Undang Kecil dan/atau yang diamanahkan kepada

Jawatankuasa ini oleh Lembaga Pengarah dari

semasa ke semasa.

4. MESYUARAT

(a) Pengerusi Jawatankuasa ini boleh

mengarahkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa

boleh diadakan pada bila-bila masa.

(b) Korum bagi mesyuarat adalah 2 orang.

(c) Di mana perlu dan sesuai, sebarang keputusan

oleh Jawatankuasa ini boleh dibuat oleh

majoriti ahlinya melalui Resolusi Pekeliling.

5. PELAPORAN

Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan

prosiding setiap Mesyuarat Jawatankuasa yang

diadakan kepada pihak Lembaga Pengarah.

6. SETIAUSAHA

Setiausaha Jawatankuasa adalah Setiausaha

Syarikat.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 135

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!