24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

134

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Bidang Tugas Jawatankuasa Skim

Opsyen Saham Pekerja

1. KEAHLIAN

(a) Jawatankuasa ini hendaklah dilantik oleh

Lembaga Pengarah daripada kalangan

mereka dan hendaklah dianggotai oleh

sekurang-kurangnya 3 orang ahli.

(b) Ahli Jawatankuasa ini hendaklah melantik

Pengerusi daripada kalangan mereka.

(c) Sekiranya terdapat sebarang kekosongan

dalam Jawatankuasa oleh kerana bilangan ahli

jatuh di bawah bilangan minimum 3 orang,

pihak Lembaga Pengarah hendaklah, dalam

tempoh 3 bulan mengisi kekosongan ini.

(d) Pihak Lembaga Pengarah hendaklah memiliki

budi bicara seperti yang dirasakan patut

untuk membatalkan dan/atau menarik balik

pelantikan mana-mana individu dalam

Jawatankuasa ini.

2. FUNGSI

Menurut Undang-Undang Kecil 21, Jawatankuasa

ini hendaklah mentadbir Skim Opsyen Saham

Pekerja (“ESOS”) menggunakan kaedah yang

menurut budi bicaranya dirasakan patut dan

dengan kuasa dan kewajipan yang diamanahkan

kepadanya oleh Lembaga Pengarah termasuk

kuasa:-

(a) Tertakluk pada peruntukan ESOS, untuk

menjelaskan dan mentafsir ESOS dan opsyen

yang diberi dalam ruang lingkupnya, untuk

mentakrifkan terma di dalam dokumen

tersebut dan untuk mencadangkan kepada

Lembaga Pengarah untuk mewujudkan,

meminda dan membatalkan peraturan dan

kawal selia yang berkaitan dengan ESOS

dan pentadbirannya. Dalam melaksanakan

kuasanya, Jawatankuasa ini boleh

membetulkan kecacatan, memasukkan

sebarang perkara yang tertinggal atau

menyelaraskan perkara yang tidak konsisten

dalam ESOS atau dalam sebarang perjanjian

yang memberi peruntukan opsyen dalam

kaedah dan setakat yang dirasakan perlu

untuk mempercepatkan dan menjadikan

ESOS berkuat kuasa sepenuhnya.

(b) Untuk menetapkan segala perkara berkaitan

dengan persoalan dasar dan kesesuaian

yang mungkin timbul dalam pentadbiran

ESOS, di samping melaksanakan kuasa dan

menyempurnakan tindakan secara am

seperti yang dirasakan perlu atau wajar untuk

memelihara kepentingan Syarikat secara yang

terbaik.

3. KUASA DAN AUTORITI

3.1 Menurut Undang-Undang Kecil 4.1, Jawatankuasa

ini mempunyai budi bicara untuk menawarkan

bilangan opsyen tertentu kepada pekerja yang

layak menurut ESOS setelah mempertimbangkan

sumbangan, prestasi, bilangan tahun

perkhidmatan dan potensi nilai pekerja berkenaan

terhadap kejayaan berterusan Kumpulan.

3.2 Menurut Undang-Undang Kecil 8.6, Jawatankuasa

ini hendaklah berhak menurut budi bicaranya

melalui notis secara bertulis yang menyatakan

sedemikian:-

(a) untuk menggantung hak mana-mana

Pemegang Opsyen yang didapati melanggar

dasar dan garis panduan bertulis Kumpulan

dan/atau terma dan syarat pekerjaan

Pemegang Opsyen (sama ada perlanggaran

tersebut menjadi punca kepada permulaan

prosiding disiplin atau tidak) untuk

melaksanakan opsyennya. Di samping hak

untuk menggantung ini, Jawatankuasa ini

juga boleh menetapkan terma dan syarat

yang Jawatankuasa ini rasakan wajar menurut

budi bicaranya, mengenai hak pelaksanaan

opsyennya setelah mempertimbangkan sifat

pelanggaran, DENGAN SYARAT SENTIASA

bahawa sekiranya pelanggaran seperti ini

mengakibatkan pemecatan atau penamatan

perkhidmatan Pemegang Opsyen, opsyen ini

hendaklah tamat secara serta merta tanpa

notis, setelah pengumuman pemecatan atau

penamatan perkhidmatan Pemegang Opsyen

tersebut dibuat; ATAU

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!