24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1. OBJEKTIF

Jawatankuasa Saraan hendaklah:-

(a) Memastikan para Pengarah Eksekutif Syarikat

diberi ganjaran secara saksama atas sumbangan

mereka terhadap prestasi keseluruhan Syarikat

dan paras saraan mereka hendaklah memadai

untuk menarik minat dan mengekalkan para

Pengarah untuk mengendalikan Syarikat dengan

berjaya.

(b) Mempamerkan kepada kesemua pihak

berkepentingan dalam perniagaan bahawa

saraan para Pengarah Eksekutif Syarikat

ditetapkan oleh Jawatankuasa yang dianggotai

oleh ahli Lembaga Pengarah yang tiada

kepentingan peribadi dan yang akan memberi

perhatian yang sewajarnya kepada kehendak

pihak berkepentingan dan kepada kesejahteraan

kewangan dan komersil Syarikat.

2. KEAHLIAN

(a) Jawatankuasa ini hendaklah dilantik oleh

Lembaga Pengarah daripada kalangan mereka

dan hendaklah dianggotai oleh sekurangkurangnya

3 orang ahli.

(b) Ahli yang menganggotai Jawatankuasa ini

hendaklah secara majoriti:

(i) Pengarah Bukan Eksekutif Syarikat;

atau

(ii) mana-mana individu yang tidak

mempunyai perhubungan, yang menurut

pendapat pihak Lembaga Pengarah, akan

mengganggu pertimbangan bebas yang

perlu diamalkan dalam melaksanakan

fungsi Jawatankuasa Saraan.

(c) Ahli Jawatankuasa ini hendaklah memilih

seorang Pengerusi daripada kalangan mereka

yang bukan Pengarah Eksekutif Syarikat.

(d) Sekiranya terdapat sebarang kekosongan dalam

Jawatankuasa oleh kerana bilangan ahli jatuh

di bawah bilangan minimum 3 orang, pihak

Lembaga Pengarah hendaklah, dalam tempoh 3

bulan mengisi kekosongan ini.

3. FUNGSI

(a) Untuk mencadangkan kepada Lembaga

Pengarah saraan bagi Pengerusi Eksekutif, Ketua

Pegawai Eksekutif dan para Pengarah Eksekutif.

(b) Memikul tanggungjawab bagi kesemua unsur

saraan para Pengarah Eksekutif seperti:

Bidang Tugas Jawatankuasa Saraan

(i) Gaji pokok

(ii) Skim perkongsian untung (jika ada)

(iii) Opsyen Saham

(iv) Sebarang faedah lain

(v) Pampasan untuk penamatan awal

(c) Memastikan bahawa perbezaan yang adil dan

munasabah di antara saraan ahli Lembaga

Pengarah dan tahap pengurusan lain dikekalkan.

(d) Menjalankan penilaian para Pengarah Eksekutif

individu secara berterusan demi memastikan

saraan berhubung secara langsung dengan

prestasi korporat dan individu.

(e) Mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat

daripada sumber luar, jika perlu, untuk

membandingkan saraan yang kini diperoleh

oleh para Pengarah Eksekutif dengan Pengarah

Eksekutif syarikat lain dan memastikan bahawa

jumlahnya munasabah bagi sektor industri yang

setara.

(f ) Untuk memastikan unsur gaji pokok berdaya

saing tetapi saksama.

(g) Untuk menasihati dan menyelia, formula

berkaitan prestasi yang sesuai, iaitu sama ada

formula tersebut berasaskan prestasi individu,

prestasi keuntungan syarikat, perolehan

sesaham, dan lain-lain.

(h) Untuk menyediakan objektif dan penilaian bebas

bagi faedah yang diberi kepada para Pengarah

Eksekutif.

(i) Untuk menerapkan sebarang dasar atau garis

panduan yang membolehkan pentadbiran

yang lancar dan memberi keupayaan kepada

Jawatankuasa ini untuk melaksanakan kewajipan

dan tanggungjawabnya secara berkesan.

(j) Untuk menyediakan laporan kepada pihak

Lembaga Pengarah mengenai sebarang

penemuan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini.

4. MESYUARAT

(a) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya setahun sekali. Walau

bagaimanapun, mesyuarat tambahan boleh

diadakan pada bila-bila masa mengikut budi

bicara Pengerusi Jawatankuasa Saraan.

(b) Korum bagi mesyuarat adalah 2 orang.

5. SETIAUSAHA

Setiausaha Jawatankuasa ini adalah Setiausaha

Syarikat atau Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber

Manusia.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 133

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!