24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

132

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Bidang Tugas Jawatankuasa Pencalonan

1. KEAHLIAN

(a) Jawatankuasa Pencalonan hendaklah dilantik

oleh Lembaga Pengarah daripada kalangan

mereka dan hendaklah dianggotai oleh

sekurang-kurangnya 3 orang.

(b) Majoriti ahli Jawatankuasa ini hendaklah

Pengarah bukan eksekutif bebas.

(c) Ahli Jawatankuasa ini hendaklah memilih

seorang Pengerusi daripada kalangan mereka

yang bukan Pengarah Eksekutif Syarikat.

(d) Sekiranya terdapat sebarang kekosongan dalam

Jawatankuasa oleh kerana bilangan ahli jatuh

di bawah bilangan minimum 3 orang, pihak

Lembaga Pengarah hendaklah, dalam tempoh 3

bulan mengisi kekosongan ini.

2. AUTORITI

(a) Jawatankuasa Pencalonan diamanahkan dengan

tugas untuk mencadangkan calon baru sebagai

ahli Lembaga Pengarah dan melaksanakan

penilaian berterusan ke atas para Pengarah yang

sedia ada.

(b) Keputusan muktamad mengenai siapa yang akan

dicalonkan adalah tanggungjawab Lembaga

Pengarah penuh setelah mempertimbangkan

saranan Jawatankuasa tersebut.

3. FUNGSI

(a) Untuk menetapkan kecekapan dan kemahiran

teras yang diperlukan oleh ahli Lembaga

Pengarah agar dapat memberi khidmat yang

terbaik demi kepentingan perniagaan dan

operasi Kumpulan secara keseluruhan, di

samping saiz optimum Lembaga Pengarah yang

mencerminkan kemahiran dan kecekapan yang

dikehendaki.

(b) Untuk mengkaji semula bilangan peserta

Pengarah Bukan Eksekutif, keseimbangan

Lembaga Pengarah dan menentukan ahli

Lembaga Pengarah tambahan yang diperlukan,

di samping memastikan agar sekurangkurangnya

1/3 daripada ahli Lembaga Pengarah

adalah Pengarah bebas.

(c) Untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga

Pengarah, bilangan Pengarah yang sesuai

untuk membentuk Lembaga Pengarah yang

mencerminkan pelaburan pemegang saham

minoriti Syarikat secara saksama, dan sama ada

perwakilan dalam Lembaga Pengarah sedia ada

memenuhi keperluan ini.

(d) Untuk mencadangkan kepada Lembaga

Pengarah, calon yang perlu dilantik oleh

pemegang saham atau Lembaga Pengarah

untuk mengisi jawatan Pengarah.

(e) Untuk mempertimbangkan secara serius semasa

membuat cadangan, mengenai calon yang

dicadangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan

dalam ruang lingkup yang dibenarkan, oleh

mana-mana eksekutif kanan atau mana-mana

Pengarah atau pemegang saham.

(f ) Untuk mencadangkan kepada Lembaga

Pengarah, Pengarah atau pegawai Syarikat yang

layak menganggotai Jawatankuasa Lembaga

Pengarah.

(g) Untuk mengendalikan semakan semula tahunan

ke atas gabungan kemahiran dan pengalaman

serta kelebihan lain yang dimiliki oleh para

Pengarah, termasuk kecekapan teras yang

seharusnya dimiliki dan dibawa masuk oleh

Pengarah Bukan Eksekutif ke dalam Lembaga

Pengarah dan untuk membentangkannya di

dalam Laporan Tahunan.

(h) Untuk membantu pihak Lembaga Pengarah

mengendalikan prosedur yang perlu

dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pencalonan

setiap tahun untuk menilai secara menyeluruh

keberkesanan Lembaga Pengarah serta berbagai

Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan untuk

menilai sumbangan dan prestasi para Pengarah

dan ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah.

(i) Untuk memperkenalkan peraturan, garis

panduan dan prosedur agar dapat berfungsi

secara berkesan dan memenuhi objektif

Jawatankuasa ini.

4. MESYUARAT

(a) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya setahun sekali. Walau

bagaimanapun, mesyuarat tambahan boleh

diadakan pada bila-bila masa mengikut budi

bicara Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan.

(b) Korum bagi mesyuarat adalah 2 orang.

5. PELAPORAN

Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan

setiap mesyuarat yang diadakan kepada pihak

Lembaga Pengarah.

6. SETIAUSAHA

Setiausaha Jawatankuasa adalah Setiausaha Syarikat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!