24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

130

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Bidang Tugas Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah

(b) Kelulusan bajet operasi dan modal tahunan

(“Bajet Tahunan”) atau Pelan Perniagaan

Syarikat dan badan korporatnya yang

berkaitan seperti yang ditakrif dalam Akta

Syarikat, 1965 (selepas ini dirujuk sebagai

“Syarikat Kumpulan/Syarikat-Syarikat dalam

Kumpulan”) bagi setiap tahun kewangan

Syarikat Kumpulan (termasuk sebarang

pindaan, pengubahsuaian, adendum atau

tambahan kepadanya).

(c) Pemerolehan dan/atau penjualan, atau

pelaburan dalam mana-mana pengendalian,

aset atau saham Syarikat Kumpulan, menerima

sebarang bentuk liabiliti tambahan dan/atau

menyertai sebarang kontrak selain daripada

dalam perjalanan biasa perniagaan, kecuali

seperti yang dikehendaki dalam dokumen ini.

(d) Menyertai sebarang kontrak (atau siri kontrak),

atau sebarang pindaan kepada kontrak sedia

ada yang melibatkan pembayaran oleh atau

kepada Syarikat atau mana-mana pemegang

saham sepanjang hayat kontrak atau pindaan

yang melebihi RM1,000,000 (atau setara

dengannya dalam mata wang lain), kecuali

diperuntukkan dalam Bajet Tahunan atau

Pelan Perniagaan Syarikat.

(e) Menambah atau mengurangkan modal

dibenarkan atau terbitan Syarikat Kumpulan

(selain daripada yang dibenarkan dalam Bajet

Tahunan yang diluluskan menurut perenggan

(b) di atas) atau penerbitan atau pemberian

sebarang opsyen ke atas saham modal belum

diterbitkan bagi Syarikat Kumpulan atau

penerbitan kelas saham baru dalam modal

Syarikat Kumpulan.

(f ) Pewujudan sebarang gadai janji, caj atau

bebanan lain ke atas hartanah atau aset

Syarikat Kumpulan.

(g) Perlaksanaan kuasa setiap Syarikat Kumpulan

untuk menyediakan jaminan atau indemniti.

(h) Bagi setiap Syarikat Kumpulan, pemerolehan

atau penjualan, atau perjanjian untuk

memperoleh atau menjual sebarang

kepentingan dalam mana-mana tanah

atau harta tanah di mana jua letaknya dan

dalam apa jua gambaran atau bentuk, atau

pemerolehan, pemerbadanan atau perolehan

mana-mana badan korporat yang mempunyai

kepentingan tanah atau harta tanah, oleh

Syarikat Kumpulan yang bukan dalam

perjalanan biasa perniagaan.

(i) Sebarang penggabungan atau penyusunan

semula Syarikat Kumpulan, atau sebarang

penggabungan Syarikat Kumpulan dengan

sebarang badan korporat, firma atau

pertubuhan lain.

(j) Pembubaran, penyelesaian atau

penggulungan Syarikat Kumpulan.

(k) Pengisytiharan atau pembayaran sebarang

dividen atau pengagihan untung bagi setiap

Syarikat Kumpulan (sama ada secara tunai

atau specie).

(l) Penerapan, atau sebarang perubahan ketara

dasar perakaunan bagi setiap Syarikat

Kumpulan, selain daripada yang diperlukan

oleh undang-undang atau dasar perakaunan

yang diterima umum dalam bidang kuasa

yang berkaitan dengan Syarikat Kumpulan

tersebut dari semasa ke semasa.

(m) Pemberian sebarang hak oleh Syarikat untuk

melanggan atau menukar saham, debentur

atau sekuriti lain menjadi modal saham, yang

ditarafkan lebih tinggi atau pari pasu dengan

Saham Keutamaan dari segi penyertaan dalam

aset Kumpulan atau boleh ditebus semasa

mana-mana Saham Keutamaan sedang dalam

terbitan atau perubahan hak mana-mana

kelas saham selain daripada penerbitan dan

peruntukan sebarang saham seperti ini untuk

tujuan menggunakan perolehan daripadanya

di dalam atau ke arah menukar Saham

Keutamaan menurut Perjanjian Langganan

Saham bertarikh 13 Oktober 1999 di antara

Syarikat dengan Reco Loop Pte Ltd.

(n) Penerbitan sebarang Saham Biasa oleh

Syarikat atau pemberian sebarang hak oleh

Syarikat untuk melanggan atau menukar

saham, debentur atau sekuriti lain menjadi

Saham Biasa.

(o) Membayar balik kesemua atau mana-mana

bahagian modal berbayar dalam modal

Syarikat (selain daripada pembayaran dalam

perjalanan penggulungan Syarikat) termasuk

premium saham dan rizab penebusan modal

Syarikat.

(p) Mengurangkan kesemua atau sebahagian

modal saham Syarikat atau liabiliti belum

panggil berkaitan dengannya atau sebarang

akaun premium saham atau rizab penebusan

saham Syarikat sekiranya pengurangan

melibatkan pengurangan liabiliti berkaitan

modal saham belum berbayar atau

pembayaran balik kepada mana-mana modal

saham berbayar.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!