24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pengurusan Syarikat hendaklah dilaksanakan oleh

Lembaga Pengarah melalui Jawatankuasa Eksekutif

(“EXCO”) yang ahlinya (tidak semestinya dalam kalangan

Pengarah) hendaklah dilantik oleh dan berada di bawah

kawalan Lembaga Pengarah. EXCO bertanggungjawab

untuk menyelia sebarang dan semua hal ehwal

perniagaan Syarikat.

1. EXCO hendaklah dianggotai oleh 6 orang ahli,

yang salah seorang dipilih oleh Government of

Singapore Investment Corporation Pte Ltd (“GIC”).

2. EXCO akan mengadakan jadual mesyuarat berkala

dan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh

untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali

setiap tiga bulan. Setiap ahli EXCO hendaklah

berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadiri

setiap mesyuarat secara peribadi.

3. Setiap ahli EXCO akan diberikan laporan secara

berkala berkenaan status hal ehwal kewangan dan

perniagaan Syarikat dan subsidiarinya. Laporan

berkala mengenai Syarikat serta setiap subsidiari

Syarikat hendaklah dalam format yang diterima

oleh EXCO, dan hendaklah disediakan sekurangkurangnya

sebulan sekali. Laporan ini hendaklah

merangkumi kesemua transaksi material atau

ketara yang berlaku dalam tempoh suku tahun

tersebut (atau tempoh lain yang ditetapkan atas

permintaan EXCO) dan hendaklah diterima oleh

EXCO dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir

tempoh ini. Penyata kewangan hendaklah diberi

kepada EXCO dalam tempoh 7 hari selepas penyata

kewangan diserahkan kepada Bursa Malaysia

Securities Berhad. EXCO juga boleh pada bilabila

masa, meminta laporan mengenai sebarang

transaksi dan Syarikat hendaklah menyediakan

laporan tersebut dalam tempoh yang munasabah

setelah ia diminta.

4. Mana-mana ahli EXCO boleh pada bila-bila masa

mengarahkan mesyuarat EXCO dengan memberi

notis secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari

sebelum tarikh mesyuarat atau tempoh yang

lebih singkat seperti yang dipersetujui. Notis

tersebut hendaklah dilampirkan dengan (i) agenda

yang dicadangkan atau pernyataan matlamat;

dan (ii) di mana mungkin, salinan kesemua

dokumen, perjanjian dan maklumat yang perlu

dipertimbangkan semasa mesyuarat tersebut.

5. Korum wujud apabila majoriti ahli EXCO hadir

secara peribadi atau diwakili oleh proksi, dengan

syarat GIC hendaklah hadir secara peribadi

atau diwakili oleh proksi di mesyuarat tersebut.

Dalam keadaan korum tidak dipenuhi, mesyuarat

hendaklah ditangguhkan ke tarikh yang lain

(“mesyuarat yang ditangguhkan”). Notis mesyuarat

yang ditangguhkan hendaklah diberi kepada

kesemua ahli secara bertulis sekurang-kurangnya

Bidang Tugas Jawatankuasa Eksekutif

Lembaga Pengarah

2 hari kerja sebelum tarikh mesyuarat yang

ditangguhkan tersebut. Sekiranya korum tidak

dipenuhi semasa mesyuarat yang ditangguhkan

tersebut, mana-mana ahli yang hadir boleh

mengisytiharkan “jalan buntu” yang perlu

dikendalikan di bawah Klausa 9 di bawah. Sekiranya

GIC gagal hadir secara peribadi atau proksinya

tidak hadir semasa mesyuarat pertama EXCO atau

semasa mesyuarat yang ditangguhkan, hak GIC

untuk diambil kira dalam menetapkan korum bagi

mesyuarat EXCO tersebut hendaklah dilucutkan

dan mesyuarat tersebut hendaklah diteruskan

tanpa GIC.

.6. Kesemua keputusan dan/atau tindakan EXCO

hendaklah memerlukan undian majoriti mudah

kesemua ahli yang hadir dan mengundi semasa

mesyuarat tersebut, tetapi hendaklah merangkumi

GIC dalam majoriti tersebut, kecuali GIC

mengecualikan diri daripada mengundi. Apabila

(i) majoriti mudah seperti yang diperuntukkan

dalam dokumen ini tidak tercapai, (ii) undian GIC

bertentangan dengan majoriti, atau (iii) undian ahli

dibahagikan sama rata, mana-mana ahli yang hadir

dalam mesyuarat boleh mengisytiharkan “jalan

buntu”, yang hendaklah dikendalikan di bawah

Klausa 9 di bawah.

7. EXCO akan memastikan yang kesemua

minit mesyuarat disediakan, diedarkan dan

ditandatangani oleh kesemua ahli EXCO dalam

tempoh 10 hari selepas mesyuarat.

8. Sebuah resolusi bertulis yang ditandatangani

kesemua ahli EXCO adalah sah dan berkuat kuasa

sepertimana resolusi yang diluluskan di mesyuarat

EXCO yang diadakan secara wajar. Mana-mana

resolusi bertulis seperti ini boleh mengandungi

beberapa dokumen dalam bentuk yang sama

yang ditandatangani oleh seorang atau lebih ahli.

Ungkapan ‘secara bertulis’ dan ‘ditandatangani’

merangkumi kelulusan melalui telefaks atau teleks

oleh mana-mana ahli berkaitan, yang kelulusannya

hendaklah disahkan secara bertulis oleh ahliahli

ini selepas tarikh tersebut. Resolusi yang

ditandatangani sewajarnya hendaklah diletakkan di

dalam buku minit EXCO.

9. Sekiranya berlaku jalan buntu di kalangan ahli

EXCO, mana-mana ahli boleh merujuk perkara

berkaitan ini untuk diputuskan oleh pihak Lembaga

Pengarah.

10. Mana-mana perkara berikut memerlukan kelulusan

EXCO menurut Klausa 6 di atas:-

(a) Penyertaan dalam sebarang perjanjian usaha

sama, perkongsian atau perkongsian untung

oleh Syarikat.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 129

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!