24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

128

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pernyataan Tadbir Urus Korporat

KHIDMAT PERHUBUNGAN PELABUR

Terdapat bahagian yang khusus untuk perhubungan

pelabur dalam laman web Kumpulan yang memberi

maklumat terperinci mengenai perniagaan dan

perkembangan terkini Kumpulan. Sebarang pertanyaan

mengenai hal ehwal yang berkaitan dengan pelabur

boleh ditujukan kepada alamat e-mel ini, irsuncity@

sunway.com.my. Pertanyaan juga boleh dikemukakan

kepada individu berikut:-

1. Puan Tan Poh Chan

Ketua Pegawai Kewangan

No Tel : (603) 5639 9668

No Faks : (603) 5639 9559

E-mel : tanpc@sunway.com.my

2. En. Jared Tan

Eksekutif – Perhubungan Pelabur

No Tel : (603) 5639 9289

No Faks : (603) 5639 9559

E-mel : jaredt@sunway.com.my

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat menyediakan

forum utama untuk dialog dan interaksi di antara pihak

Lembaga Pengarah dengan para pemegang saham.

Para pemegang saham, sama ada individu mahupun

institusi amat digalakkan untuk menyertai mesyuarat

agung ini untuk mendapat penjelasan mengenai

maklumat penting dan berkaitan.

D. KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT

PELAPORAN KEWANGAN

Dalam membentangkan penyata kewangan tahunan,

laporan tahunan dan pengumuman keputusan

suku tahun kepada para pemegang saham, pihak

Lembaga Pengarah berusaha untuk memberi penilaian

kedudukan kewangan, prestasi dan prospek Kumpulan

yang seimbang dan mudah difahami. Lembaga

Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit memantau

proses pelaporan kewangan Kumpulan serta kualiti

laporan kewangan yang terhasil.

KAWALAN DALAMAN

Pernyataan Kawalan Dalaman yang dibentangkan pada

halaman 142 dan 143 Laporan Tahunan ini menyediakan

gambaran keseluruhan keadaan kawalan dalaman

dalam Kumpulan.

PERHUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT LUAR

Lembaga Pengarah, melalui Jawatankuasa Audit,

mengekalkan perhubungan yang aktif, telus

dan profesional dengan Juruaudit Luar. Peranan

Jawatankuasa Audit berhubung Juruaudit Luar

dizahirkan dalam Laporan Jawatankuasa Audit yang

dibentangkan pada halaman 137 hingga 141 Laporan

Tahunan ini.

Di samping itu, Juruaudit Luar diundang untuk

menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat dan

sedia untuk menjawab sebarang soalan daripada

para pemegang saham mengenai Penyata Kewangan

Teraudit Tahunan.

E. PERNYATAAN TANGGUNGJAWAB

PENGARAH MENGENAI PENYATA

KEWANGAN TERAUDIT

Para Pengarah bertanggungjawab untuk menyediakan

Penyata Kewangan Teraudit untuk memberi gambaran

benar dan saksama mengenai keadaan, keputusan dan

aliran tunai Syarikat dan Kumpulan pada akhir tempoh

kewangan semasa.

Dalam menyediakan penyata kewangan ini, para

Pengarah akan memastikan bahawa dasar perakaunan

yang sesuai telah digunakan secara konsisten, dan

bahawa pertimbangan dan anggaran yang munasabah

dan berhemah telah dibuat. Kesemua standard

perakaunan yang diluluskan dan peruntukan Akta

Syarikat, 1965 yang berkuat kuasa telah dipatuhi.

Para Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan

rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sewajarnya

disimpan, dan rekod-rekod ini menzahirkan dengan

ketepatan yang munasabah, kedudukan kewangan

Syarikat dan Kumpulan dan membolehkan mereka

memastikan bahawa penyata kewangan ini mematuhi

keperluan statutori yang berkaitan.

F. PEMATUHAN TERHADAP KOD

Kumpulan telah mematuhi sebahagian besar prinsip

dan amalan terbaik yang digariskan dalam Kod.

Pernyataan Tadbir Urus Korporat telah diluluskan

oleh Lembaga Pengarah pada 25 Februari 2010.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling, AO

Pengerusi Eksekutif

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!