24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

126

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pernyataan Tadbir Urus Korporat

4. Jawatankuasa Saraan

Jawatankuasa Saraan sebahagian besarnya

dianggotai oleh Pengarah Bukan Eksekutif, antara

lain, Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji Mohd Hashim selaku

Pengerusi dan Teo Tong How. Ahli lain termasuk Tan

Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling.

Jawatankuasa Saraan mencadangkan saraan para

Pengarah kepada pihak Lembaga Pengarah. Mereka

juga mencadangkan pembaharuan tempoh Kontrak

Pekerjaan bagi para Pengarah Eksekutif, dengan tujuan

untuk memastikan yang Syarikat menarik minat dan

mengekalkan para Pengarah yang diperlukan untuk

mengendalikan Kumpulan dengan berjaya. Bidang

tugas Jawatankuasa Saraan ini dibentangkan pada

halaman 133 Laporan Tahunan ini.

Sepanjang tahun kewangan ini, 5 mesyuarat telah

diadakan untuk tujuan berikut:-

(a) untuk menilai prestasi para Pengarah Eksekutif

dan mengendors kenaikan gaji dan bonus

tahunan mereka;

(b) untuk mempertimbangkan pembaharuan

Kontrak Pekerjaan Pemangku Pengerusi

Eksekutif dan Pengarah Urusan; dan

(c) untuk mempertimbangkan faedah bukan tunai

bagi Pengarah Eksekutif.

Pengarah Eksekutif dan Pengurus Kanan Sumber Manusia

Kumpulan telah dijemput dan menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa ini.

5. Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Pekerja

(“ESOS”)

Jawatankuasa ESOS yang dianggotai oleh Tan

Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling selaku

Pengerusi, Datuk Razman M Hashim, Ngian Siew

Siong dan Ngeow Voon Yean, bertanggungjawab

untuk melaksanakan, mengagih dan mentadbir ESOS

menurut kuasa dan kewajipan yang diamanahkan

kepadanya di bawah Undang-Undang Kecil ESOS.

Bidang tugas Jawatankuasa ESOS ini dibentangkan

pada halaman 134 dan 135 Laporan Tahunan ini.

Dalam tempoh kewangan ini, 2 mesyuarat telah

diadakan untuk mempertimbangkan dan meluluskan

permohonan yang dibuat oleh para pekerja

untuk terus memegang opsyen mereka setelah

mereka berpindah ke syarikat di luar Kumpulan

dan disebabkan oleh peletakan jawatan daripada

Kumpulan.

6. Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”)

RMC dianggotai oleh Ngian Siew Siong selaku

Pengerusi, Ngeow Voon Yean, Yuen Kam Wah, Lee

Weng Keng dan Tan Poh Chan.

RMC dipertanggungjawabkan untuk memantau

aktiviti pengurusan risiko Kumpulan, meluluskan

prosedur pengurusan risiko dan metodologi ukuran

yang wajar di seluruh organisasi, di samping

mengenal pasti dan mengurus risiko perniagaan

strategik Kumpulan. Bidang tugas RMC dibentangkan

pada halaman 136 Laporan Tahunan ini.

Sepanjang tahun kewangan ini, 8 mesyuarat telah

diadakan untuk tujuan berikut:-

(a) mengkaji semula profil risiko syarikat dan kad

skor risiko mengikut bahagian demi memastikan

keberkesanan pengurusan risiko;

(b) untuk mengkaji semula status perlaksanaan

pelan tindakan demi mengurus dan

mengurangkan risiko yang dikenal pasti;

(c) untuk membincangkan perubahan penting

dalam persekitaran perniagaan dan isu

pengurusan strategik/risiko perniagaan strategik

utama;

(d) untuk membincangkan dan melaporkan

sebarang perkara di luar aturan dan memberi

saranan penting untuk mengurangkan risiko;

(e) untuk membincangkan dan

mempertimbangkan risiko yang meliputi

seluruh perusahaan dan Kad Skor Tadbir Urus;

dan

(f ) untuk membincangkan kesan ketidakpastian

ekonomi ke atas prestasi Kumpulan.

RMC melapor perbincangan dan cadangannya secara

langsung kepada pihak Lembaga Pengarah setiap

suku tahun.

B SARAAN PARA PENGARAH

Maklumat yang disediakan oleh perunding bebas

dan data kaji selidik mengenai amalan saraan syarikat

yang setara, dipertimbangkan dalam menetapkan

pakej saraan bagi para Pengarah Eksekutif dan Bukan

Eksekutif. Saraan Pengarah Eksekutif disusun dengan

menjalinkan ganjaran kepada prestasi korporat

dan individu. Bagi Pengarah Bukan Eksekutif pula,

paras saraan mencerminkan pengalaman dan tahap

tanggungjawab yang dipikul.

Lembaga Pengarah secara keseluruhannya

memutuskan fi bagi para Pengarah Bukan Eksekutif,

dan dalam proses ini Pengarah individu berkenaan

mengecualikan diri dalam memutuskan saraan diri

mereka masing-masing. Fi yang perlu dibayar kepada

Pengarah Bukan Eksekutif tertakluk pada kelulusan

para pemegang saham.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!