24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELANTIKAN SEMULA, PERSARAAN MENGIKUT

GILIRAN DAN PEMILIHAN SEMULA

Tataurusan Pertubuhan Syarikat memperuntukkan

bahawa 1/3 daripada Lembaga Pengarah tertakluk pada

persaraan mengikut giliran pada setiap Mesyuarat Agung

Tahunan. Setiap Pengarah hendaklah bersara sekurangkurangnya

sekali setiap 3 tahun tetapi hendaklah layak

untuk dipilih semula. Para Pengarah yang bakal bersara

setiap tahun adalah mereka yang telah memegang

jawatan dalam tempoh yang paling lama sejak pemilihan

atau pelantikan mereka yang terbaru.

Menurut Seksyen 129 (2) Akta Syarikat, 1965, Para

Pengarah yang berusia atau melebihi usia 70 tahun

hendaklah bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan

Syarikat dan menurut Seksyen 129(6) Akta Syarikat, 1965,

sekiranya mendapat kelulusan daripada para pemegang

saham, boleh menawarkan diri untuk dilantik semula

untuk memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung

Tahunan yang berikutnya. Datuk Razman M Hashim dan

Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji Mohd Hashim tertakluk pada

persaraan tersebut dan layak untuk dilantik semula pada

Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang.

Untuk membantu para pemegang saham membuat

keputusan, maklumat yang mencukupi seperti profil

peribadi, kehadiran mesyuarat dan pemegangan saham

setiap Pengarah yang dicalonkan untuk pemilihan semula

dan pelantikan semula dibentangkan dalam Laporan

Tahunan ini.

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah telah mewujudkan Jawatankuasa

berikut dan akan mengkaji semula secara berkala

bidang tugas dan prosedur operasinya. Jawatankuasa ini

dikehendaki memberi laporan kepada pihak Lembaga

Pengarah mengenai perbincangan dan saranan mereka

dan laporan ini dirangkumkan ke dalam minit Mesyuarat

Lembaga Pengarah.

1. Jawatankuasa Audit

Jawatankuasa Audit yang dianggotai oleh Tan

Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji Mohd Hashim sebagai

Pengerusi, Teo Tong How dan Tan Siak Tee, ia

diwujudkan untuk memainkan peranan penting

dalam membantu Lembaga Pengarah melaksanakan

kewajipan tadbir urus korporatnya. Komposisi

Jawatankuasa Audit, bidang tugas, kehadiran dalam

mesyuarat dan ringkasan aktiviti jawatankuasa

ini dibentangkan pada halaman 137 hingga 141

Laporan Tahunan ini.

2. Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah

(“EXCO”)

EXCO dianggotai oleh 6 orang ahli yang diterajui oleh

Pengerusi Eksekutif. Peranan utamanya adalah untuk

membantu pihak Lembaga Pengarah menyelia dan

mengendalikan hal ehwal kewangan dan urus niaga

Pernyataan Tadbir Urus Korporat

Kumpulan. Bidang tugas EXCO dibentangkan pada

halaman 129 hingga 131 Laporan Tahunan ini.

EXCO telah bermesyuarat 8 kali sepanjang tempoh

kewangan ini. Kesemua perbincangan dan cadangan

EXCO dilaporkan kepada pihak Lembaga Pengarah

untuk diluluskan.

3. Jawatankuasa Pencalonan

Jawatankuasa Pencalonan terdiri daripada 3

Pengarah Bukan Eksekutif yang Bebas sepenuhnya.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Ir

Talha Bin Haji Mohd Hashim. Ahli lain termasuk Teo

Tong How dan Tan Siak Tee.

Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab

untuk mengenal pasti dan membuat cadangan

untuk sebarang pelantikan dan pemilihan semula

ahli Lembaga Pengarah. Jawatankuasa ini menilai

keberkesanan Lembaga Pengarah secara keseluruhan

di samping prestasi individu setiap Pengarah. Bidang

tugas Jawatankuasa Pencalonan ini dibentangkan

pada halaman 132 Laporan Tahunan ini.

Sepanjang tahun kewangan ini, 3 mesyuarat telah

diadakan untuk tujuan berikut:-

(a) untuk mengendors pelantikan semula Tan Sri

Dato’ Ir Talha Bin Haji Mohd Hashim yang telah

melebihi usia 70 tahun, sebagai Pengarah

Syarikat menurut Seksyen 129 Akta Syarikat,

1965 tertakluk pada kelulusan para pemegang

saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan

Syarikat dan semasa Mesyuarat Jawatankuasa

Pencalonan, Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji

Mohd Hashim mengecualikan diri daripada

membincangkan dan mengundi pelantikan

semula ini;

(b) untuk mengendors pemilihan semula Pengarah

yang bersara mengikut giliran pada Mesyuarat

Agung Tahunan Syarikat, tertakluk pada

kelulusan para pemegang saham;

(c) untuk mengendors pemilihan semula Dato’

Ng Tiong Lip menurut Artikel 77(2) Tataurusan

Pertubuhan Syarikat semasa Mesyuarat

Agung Tahunan, tertakluk pada kelulusan para

pemegang saham;

(d) untuk mempertimbangkan pelantikan Koong

Wai Seng sebagai anggota EXCO sebagai

pengganti Yau Kok Seng; dan

(e) untuk mempertimbangkan pelantikan Evan

Cheah Yean Shin sebagai anggota EXCO sebagai

pengganti Koong Wai Seng.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 125

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!