24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

122

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pernyataan Tadbir Urus Korporat

Pihak Lembaga Pengarah komited untuk memastikan tadbir

urus korporat yang baik diamalkan di seluruh Kumpulan

dengan objektif akhir untuk melindungi dan meningkatkan

nilai para pemegang saham dan prestasi kewangan Syarikat

dan Kumpulan.

Lembaga Pengarah komited untuk melaksanakan Kod

berkaitan Tadbir Urus Korporat Malaysia (“Kod”) dalam

bidang berkenaan demi memelihara kepentingan para

pemegang saham Syarikat.

A. PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH DAN TANGGUNGJAWABNYA

Lembaga Pengarah menerajui dan mengawal Kumpulan.

Ia bermesyuarat dengan kerap dalam usaha melaksanakan

fungsi utamanya, yang antara lain merangkumi:-

• Menetapkan objektif, matlamat dan pelan strategik

Kumpulan dalam usaha memaksimumkan nilai para

pemegang saham.

• Menerapkan dan memantau kemajuan strategi, bajet,

rancangan dan dasar Syarikat.

• Menyelia pengendalian perniagaan Kumpulan untuk

menilai sama ada perniagaan diurus dengan sewajarnya.

• Mengenal pasti risiko utama Kumpulan dan

memastikan sistem yang sewajarnya dilaksanakan untuk

mengurangkan dan mengurus risiko ini. Lembaga

Pengarah melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko

menetapkan, di tempat yang sewajarnya, objektif,

sasaran prestasi dan prestasi untuk mengurus risiko

utama yang dihadapi oleh Kumpulan.

• Mempertimbangkan saranan pihak Pengurusan

mengenai isu penting termasuk pengambilalihan,

pemberhentian pelaburan, penyusunan semula,

pembiayaan dan perbelanjaan modal yang besar.

• Perancangan dan pembangunan sumber manusia.

• Mengkaji semula kecukupan dan integriti sistem

kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan

Syarikat, termasuk sistem yang memastikan pematuhan

terhadap undang-undang, kawal selia, peraturan, arahan

dan garis panduan yang berkuat kuasa.

Pihak Lembaga Pengarah menugaskan tanggungjawab

tertentu kepada Jawatankuasa Lembaga Pengarah, yang

kesemuanya beroperasi dalam ruang lingkup bidang tugas

yang telah ditakrifkan.

KOMPOSISI LEMBAGA PENGARAH

Sepanjang tahun dalam kajian, ahli Lembaga Pengarah

terdiri daripada 10 orang, 3 atau 1/3 daripadanya adalah

para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas. Komposisi Lembaga

Pengarah mencerminkan keseimbangan di antara

Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif dengan gabungan

ahli profesional yang berkelayakan serta mereka yang

berpengalaman dalam bidang perakaunan, perbankan dan

kewangan, seni bina, kejuruteraan awam, pembangunan

harta tanah dan pengurusan hartanah. Kerjasama erat di

antara ahli profesional yang berbeza dan mereka yang

mempunyai berbagai kemahiran memberi kemampuan

kepada pihak Lembaga Pengarah untuk menerajui dan

mengawal syarikat secara berkesan. Komposisi Lembaga

Pengarah juga mencerminkan pelaburan dalam Syarikat

oleh para pemegang saham selain daripada pemegang

saham utama, secara saksama.

Terdapat pemisahan tanggungjawab yang jelas di antara

Pengerusi Eksekutif dengan para Pengarah Urusan untuk

memastikan imbangan kuasa dan autoriti. Para Pengarah

Urusan berada di bawah kawalan Lembaga Pengarah.

Mereka bertanggungjawab ke atas pengurusan sehariharian

perniagaan Kumpulan menurut objektif dan strategi

yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pengarah.

Segala perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Kumpulan

hendaklah dikemukakan kepada Tan Sri Dato’ Ir Talha Bin Haji

Mohd Hashim selaku Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan

Kumpulan.

Profil ringkas setiap Pengarah dibentangkan pada halaman

50 hingga 55 Laporan Tahunan ini.

MESYUARAT DAN PEMBEKALAN MAKLUMAT

Lembaga Pengarah biasanya bermesyuarat setiap suku

tahun untuk mengkaji semula prestasi kewangan, operasi

dan perniagaan, melainkan terdapat sebarang perkara

penting yang perlu dibincangkan. Notis dan agenda

mesyuarat yang disahkan oleh Pengerusi Eksekutif, seperti

yang dikehendaki, diiringi kertas Lembaga Pengarah

biasanya diedarkan seminggu sebelum mesyuarat

berkenaan demi membolehkan para Pengarah mengkaji

dan menilai perkara yang perlu dibincangkan.

Kertas lembaga pengarah yang disediakan merangkumi

antara lain, keputusan kewangan, rancangan dan bajet

perniagaan, laporan kemajuan mengenai perkembangan

Syarikat, minit mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga

Pengarah, pengemaskinian kawal selia/statutori dan lain-lain

isu operasi dan kewangan untuk makluman dan kelulusan

pihak Lembaga Pengarah.

Kesemua Pengarah berhak mendapat maklumat berkaitan

Syarikat. Di samping itu, kesemua Pengarah mempunyai

akses langsung kepada khidmat nasihat dan lain-lain

perkhidmatan yang ditawarkan oleh Setiausaha Syarikat.

Mereka juga dibenarkan untuk mendapatkan khidmat

nasihat bebas, atas tanggungan Syarikat, apabila dirasakan

perlu.

Lembaga Pengarah telah meluluskan prosedur formal,

berkaitan usaha mendapatkan khidmat nasihat profesional

bebas, yang perlu dipatuhi oleh para Pengarah, atas

tanggungan Syarikat, sama ada sebagai ahli Lembaga

Pengarah penuh atau dalam kapasiti individu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!