24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tanggungjawab

Korporat

Komuniti

118

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

yang disebutkan di atas dan juga akan

menjadi kemudahan latihan untuk

program lepasan ijazah yang Kampus

Universiti Monash Sunway mungkin

tawarkan di masa hadapan.

Pada pertengahan tahun 2009, SunMed

menandatangani Memorandum Perjanjian

dengan Kampus Universiti Monash

Sunway untuk bekerja ke arah penubuhan

kemudahan pengajaran dan penyelidikan

untuk pelajar Fakulti Perubatan Monash.

Pusat Pakar dan Kesejahteraan SunMed

telah mengadakan Hari Terbuka

pertamanya pada 7 November 2009. Lebih

daripada 120 orang daripada pelbagai

latar belakang telah diberi pemeriksaan

kesihatan secara percuma termasuklah

pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim

jasad, ujian mata dan glukos, pemeriksaan

payudara, perundingan pertuturan

dan bahasa serta pelbagai ceramah

kesihatan untuk meningkatkan kesedaran

terhadap gaya hidup sihat. Untuk kanakkanak,

diadakan aktiviti-aktiviti yang

menyeronokan seperti catan muka untuk

mereka sentiasa gembira sementara orang

dewasa menghadiri keperluan kesihatan

mereka.

Hari Terbuka tersebut adalah satu cara

menyumbang kepada komuniti dan

untuk memperkenalkan perkhidmatan

yang ditawarkan termasuk rawatan asas,

perundingan dan rawatan bersama pakar,

program kesejahteraan dan pemeriksaan

kesihatan eksekutif, rundingan pakar

kesihatan bersekutu dan pemeriksaan

diagnostik.

SunMed juga bekerjasama dengan

Yayasan Hepar Malaysia dan Yayasan Buah

Pinggang Kebangsaan untuk mengumpul

dana bagi program asas kedua-dua

yayasan tersebut.

SunMed telah menganjurkan forum

percuma tentang penjagaan kesihatan

bagi mendidik orang ramai tentang

perkara serius berkenaan kesihatan.

Perkara yang disentuh dalam forumforum

ini meliputi simptom, diagnosis,

pencegahan dan rawatan. Program ini

diharap akan meningkatkan kesedaran

awam tentang pelbagai kebimbangan

berkaitan kesihatan yang terdapat dalam

masyarakat hari ini. Dengan harapan

menanam kesedaran kepada golongan

muda, SunMed juga mempunyai kelab

khusus untuk kanak-kanak obes – Kelab

LEAN (pendidikan merubah kehidupan

melalui aktiviti dan pemakanan). Kelab ini

ditujukan kepada kanak-kanak dan remaja

yang mempunyai berat badan berlebihan,

dalam usaha mengurangkan risiko

penyakit kronik berkaitan obesiti seperti

diabetes dan sakit jantung.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!