24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tanggungjawab

Korporat

Komuniti

116

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Jalan susur sepanjang 750 meter telah

dirasmikan oleh Menteri Kewangan

Kedua dan Ahli Parlimen Tambun, Dato’

Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Jalan ini dijangka akan mengurangkan

masa perjalanan di antara Tambun dan

Ipoh, terutamanya pada waktu puncak di

sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah Utara.

Sebagai bukti kepada reputasi Kumpulan

adalah pemaju bertanggungjawab yang

sentiasa menekankan jalinan hubungan

kerja yang rapat dan sama-sama memberi

manfaat dengan rakan kongsi kami,

Kerajaan Negeri Perak baru-baru ini

menjemput ‘Sunway City Ipoh’ menjadi

pemaju pemangkin kepada Wilayah

Ekonomi Koridor Timur, sejajar dengan

cita-cita Kerajaan Negeri menggalakkan

aktiviti libur dan pelancongan di Perak.

Pelaburan Hartanah

Seiring dengan inisiatif SunCity

menjadikan keselamatan perkara

utama, sebuah Pusat Khidmat Unit Polis

Pelancong Selangor berharga RM500,000

telah dibuka di Sunway Pyramid untuk

meningkatkan tahap keselamatan

pelancong dan rakyat tempatan di SIRC.

Beberapa kakitangan Sekuriti Sunway telah

menjalani latihan Polis Diraja Malaysia dan

telah diberi status Polis Bantuan. Sunway

Pyramid adalah pusat beli-belah pertama

di Malaysia yang memiliki pasukan Polis

Bantuan sendiri.

Sunway Pyramid juga bekerjasama dengan

pelbagai organisasi bukan kerajaan

(“NGO”) untuk menganjurkan rombongan

Mempertingkatkan akses ke ‘Sunway City Ipoh’ melalui jalan raya

perkhidmatan yang baharu.

untuk orang yang kurang bernasib baik

dan menyediakan tajaan tempat. Antara

NGO yang terlibat ialah Masjid Al-Husna,

New Life Care Centre, Majlis Kebangsaan

Pertubuhan Warga Emas Malaysia Setapak

Home, Rumah Kids, Precious Home, Rumah

Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah,

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Sunway

(Pendidikan Khas).

Sebagai sebahagian daripada Program

Penempatan Kerja SunCity, Sunway

Pyramid telah menjemput pelajar istimewa

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar

Sunway untuk bekerja sebagai atendan

gelanggang luncur aisnya. Program selama

enam bulan itu membolehkan para pelajar

tersebut memperoleh pengalaman bekerja

yang berharga.

Bagi bahagian Hospitaliti pula, ‘Sunway

Resort Hotel & Spa’ terlibat secara aktif

dalam beberapa inisiatif kebajikan. Hotel

tersebut menaja tempat untuk konsert

‘Australian Bee Gees’ pada 31 Mei 2009

dan hasil kutipan daripadanya disalurkan

kepada Persatuan Karyawan Malaysia

untuk mengasar bakat bakal penyanyi

tempatan.

Hotel tersebut juga mengundang 59

kanak-kanak dari beberapa rumah

kebajikan di Selangor dan Lembah Kelang

termasuk ‘Trinity Home’, Rumah Harapan

dan Rumah Kebajikan Ti-Ratana untuk

menikmati satu hari yang menyeronokkan

dan menonton persembahan ikan lumbalumba

dan singa laut yang diadakan di

Sunway Pyramid sebagai hadiah istimewa

hujung tahun.

Hari yang menyeronokkan bersiar-siar di ‘Lost World of

Tambun’ bersama-sama anak-anak yatim daripada Rumah

Keluarga Good Shepherd.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!