24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tanggungjawab

Korporat

Alam Sekitar

112

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pusat peranginan ini juga mengamalkan

pemuliharaan tenaga dengan

pemasangan sistem penyejukan mesra

alam sekitar dan bertenaga tinggi yang

meningkatkan kualiti udara, mengawal

kelembapan dan prestasi cekap tenaga.

‘Sunway Resort Hotel & Spa’, Sunway

Pyramid dan Sunway Lagoon juga

memainkan peranan dalam pemuliharaan

alam sekitar dengan mematikan lampu

di muka bangunannya dan lampu yang

tidak penting selama 60 minit pada

28 Mac 2009 untuk menunjukkan

sokongannya terhadap ‘Earth Hour’, suatu

inisiatif seluruh dunia yang bertujuan

mengurangkan pemanasan global.

Langkah ini telah berjaya menjimatkan

penggunaan elektrik dan pengeluaran

karbon, selain daripada mencipta

kesedaran mengenai perubahan iklim.

Dalam usaha untuk mempromosi

persekitaran yang selamat dan sihat,

teknologi NanoMax® telah digunakan

dalam semua bilik tetamu di hotel bertaraf

4 bintang Hotel Pyramid Tower, Pejabat

Eksekutif ‘Sunway Resort Hotel & Spa’

dan kawasan tempat kakitangan bekerja.

NanoMax®, adalah teknologi pembersihan

udara terkini, yang membersih, mensteril

dan menyahbau udara.

Kementerian Kesihatan, Malaysia, telah

mengerah juruteknik makmal untuk

mengendalikan ujian dan pemeriksaan

bilik tetamu di Pyramid Tower Hotel pada

22 Oktober 2009 dan mengisytiharkan

bacaan “1” bagi Ujian Swab Permukaan dan

kiraan zarah “kurang daripada 500” dalam

Ujian Bloaerosol (ukuran zarah udara),

menjadikan Hotel Pyramid Tower, hotel

pertama di Malaysia yang menggunakan

teknologi Nanomax® dalam usaha

mengawal pencemaran udara dalam

bangunan, dan dengan itu membantu

untuk meningkatkan standard kesihatan

secara langsung dalam industri hospitaliti.

Sunway Lagoon menerapkan unsur

falsafah ‘Gaya Hidup Sihat dan Berkekalan’

(LOHAS) dalam amalan tanggungjawab

korporatnya.

Dengan meyakini dan mengamalkan

tonggak alam sekitar dan pembangunan

mapan, ‘Wildlife Park’ Sunway Lagoon

telah di bina tengah-tengah kawasan

yang berpokok. Sejak dari itu, lebih

banyak pokok ditanam, kebanyakannya

pohon buah-buahan dan tumbuhan

renik tempatan. Hasil buah-buahan ini

kemudiannya digunakan untuk memberi

makan kepada 150 spesies haiwan di

‘Wildlife Park’ Sunway Lagoon.

Ini selanjutnya mewujudkan ekosistem

semula jadi, apabila unggas memakan

buah-buahan ini dan membantu

menyebarkan biji benihnya di seluruh

kawasan Sunway Lagoon yang

berkeluasan 88 ekar, dan menjadikannya

antara tempat paling subur dan menghijau

di tengah-tengah bandar raya ini.

Sunway Lagoon turut mengamalkan

dasar yang memastikan para pekerja

memadamkan lampu dan pendingin

hawa untuk membantu mengurangkan

penggunaan tenaga.

‘Wildlife Park’ Sunway Lagoon juga

berbangga untuk menjadi platform

pendidikan hijau dan mesra alam yang

membantu perkembangan peribadi

kanak-kanak dan remaja dari pelbagai

institusi pendidikan seperti tadika,

pusat pembelajaran dan sekolah. Zoo

pendidikan ini menggunakan konsep ‘See,

Touch & Learn’ atau ‘Sentuh, Lihat & Belajar’

untuk membantu proses pembelajaran

semasa kunjungan sambil belajar di mana

kanak-kanak boleh melihat berbagai

haiwan secara dekat, belajar mengenai

habitat haiwan-haiwan ini dan diberi

kesedaran mengenai kepentingan

kitar semula.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!