24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tanggungjawab

Korporat

Tempat Kerja

104

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Keluarga bahagia Sunway di Hari Keluarga KSS

2.1.7 Pusat Sumber bagi Sumber Insan

Kumpulan (“GHR”)

Pusat Sumber GHR dilancarkan pada

23 Mac 2007. Ia merupakan pusat

pengetahuan di mana kakitangan

disediakan dengan buku-buku, CD dan

DVD dalam pelbagai tajuk daripada

kepimpinan, pengurusan, komunikasi,

motivasi, inovasi, keusahawanan, membuat

keputusan kepada penyelesaian masalah

serta buku-buku tentang membantu diri.

Pusat Sumber GHR komited untuk terus

memupuk budaya ilmu di SunCity dengan

menggalakkan kakitangan membaca.

2.1.8 Kelab Sukan Sunway (“KSS”)

KSS mewakili misi Kumpulan untuk

menyuntik semangat perpaduan dalam

kalangan semua kakitangan. Sepanjang

tempoh dalam kajian, banyak aktiviti yang

dianjurkan oleh KSS demi faedah semua

kakitangan. Antara aktiviti yang dijalankan

ialah hari keluarga, lawatan kumpulan,

ceramah ketika makan tengah hari, karnival

sukan dan perjalanan bercuti ke destinasi

dalam dan luar negeri. Di samping itu, KSS

menggalakkan semua kakitangan untuk

membantu orang kurang bernasib baik

dengan menjadi sukarelawan dan memberi

sumbangan amal.

Aktiviti utama lain yang dianjurkan

oleh KSS ialah Karnival Sukan KSS untuk

menggalakkan semangat kesukanan

dan kerja berpasukan dalam kalangan

kakitangan. Aktiviti sukan tersebut termasuk

badminton, futsal, bola keranjang, boling,

bola jaring dan lain-lain.

KSS menyelenggara kelab dengan

kemudahan sukan yang komprehensif

termasuk gelanggang skuasy, gymnasium,

meja pool, bilik sauna, ruang istirehat

dengan set televisyen untuk manfaat ahli

KSS berseronok dan bersantai.

2.2 KESIHATAN & KESELAMATAN

Memperkenalkan para pekerja yang setia dan berdedikasi

sebagai penerima anugerah perkhidmatan 30 tahun.

SunCity sentiasa menggalakkan budaya

kerja yang selamat dan sihat demi

persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Bagi tujuan ini, berbagai-bagai inisiatif

diperkenalkan dengan sokongan daripada

pelbagai pihak dalaman dan luaran. Inisiatif

ini termasuk membangunkan sistem

kebakaran dan keselamatan bangunan yang

meluas bagi memastikan ketelusan melalui

audit bebas yang dijalankan oleh juruaudit

luar yang profesional dan berkelayakan.

Latihan kebakaran dijalankan secara

berkala di semua hartanah SunCity

untuk persediaan menempuh sebarang

kecemasan, bagi memastikan bahawa

semua sistem pencegahan kebakaran

berfungsi seperti loceng kebakaran,

komunikasi kecemasan termasuk kelui,

SMS, telefon kelui dan interkom kebakaran,

lif dan eskalator, bidai besi, sistem alamat

awam, pemadam kebakaran, pemercik

air, pengesan asap dan panas dan juga

bertujuan menunjukkan kemahiran

kakitangan sebagai Penggerak Balas

pertama dalam memastikan keselamatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!