24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah berkongsi

wawasan Kumpulan Sunway semasa Persidangan

Pengurus Sunway 2008/2009.

Program ICAEW dan ACCA

Kumpulan telah dipilih sebagai Organisasi

Latihan yang Diluluskan oleh Institut

Akauntan Berkanun di England dan Wales

(ICAEW) untuk menjalankan program

Associate Chartered Accountants. Kumpulan

merupakan antara firma bukan perakaunan

pertama di luar United Kingdom yang

dianugerahkan pelantikan yang berprestij ini.

Selain itu, Kumpulan juga dianugerahi status

Majikan yang Diluluskan oleh ACCA

Persidangan Pengurus Sunway

Selain daripada program profesional ini,

setiap tahun semua eksekutif di peringkat

pengurusan di SunCity menghadiri

Persidangan Pengurus Sunway yang

dianjurkan oleh bahagian Sumber Insan

Kumpulan. Persidangan ini menyuntik

wawasan ke dalam hala tuju strategik dan

matlamat Kumpulan Sunway. Tema bagi

tahun 2009 ialah Kepimpinan Mapan –

Pengajaran Daripada General Electric (“GE”),

dengan fokus termasuk ceramah oleh Stuart

Dean dan Nina Dankfort, yang berucap

tentang Kepimpinan Mapan di GE dan

Pembangunan Kepimpinan GE.

Program Latihan Lain

Program latihan lain yang disediakan oleh

Kumpulan termasuk ‘Latihan Kemahiran –

Latih Pelatih’ yang direka untuk mengenal

pasti dan menentukan pelatih jabatan untuk

komunikasi dan kerja berpasukan antara

jabatan yang lebih efisien; ‘Sunway Delight’

yang menumpukan kepada pengukuhan

tanggapan tentang penyampaian khidmat

pelanggan yang cemerlang dan ‘Kemahiran

Memberi Anugerah Cemerlang kepada kakitangan berdedikasi.

Komunikasi Telefon’, satu program yang

membantu kakitangan meningkatkan dan

mengasah kemahiran komunikasi mereka.

Pada tahun-tahun yang lepas, kakitangan

‘Sunway Resort Hotel & Spa’ telah menghadiri

secara purata 250 jam latihan setiap bulan,

dalam bentuk sama ada kursus latihan

dalaman mahupun luaran. Sesi-sesi ini

merangkumi pelbagai tajuk daripada

Prosedur Operasi Standard Jabatan; Kad

Skor Seimbang dan Penunjuk Prestasi

Penting; Kemahiran IT dan Komputer kepada

Indikator Pengetahuan Produk; Kebersihan

Makanan dan Sanitasi. Sesi ini direka

untuk melengkapkan pihak pengurusan

dan kakitangan dengan pelbagai aspek

penyampaian produk dan perkhidmatan.

Sebagai destinasi berbilang tarikan yang

utama di Malaysia, Sunway Lagoon

terus mengembangkan, menyemai dan

membantu kakitangannya untuk memajukan

kerjaya mereka melalui program latihan

dalaman dan luaran yang bertujuan

memupuk bakat yang sedia ada.

Kakitangan Sunway Lagoon sentiasa

digalakkan menghadiri pelbagai program

latihan dalaman seperti ‘Be My Guest’ atau

yang menumpukan kepada penyampaian

khidmat tamu yang cekap; ‘Front of the

House Selling’ untuk membangunkan rangka

kerja ringkas untuk menyusun jualan yang

proaktif dan juga ‘Kepimpinan Perkhidmatan’

yang bertujuan membangunkan kepimpinan

pengurusan dan kemahiran hubungan

sesama manusia.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 103

Tanggungjawab

Korporat

Tempat Kerja

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!