15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukan

pungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun Belum

Terima seperti berikut:

8.4.3.1. Kawalan Borang Hasil

Kawalan terhadap pelbagai borang hasil seperti buku resit adalah penting bagi

memastikan ia tidak disalahgunakan.

8.4.3.2. Penerimaan Wang

Setiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawab

dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan.

Semakan Audit telah dijalankan terhadap 3 aspek kawalan dalaman yang ditetapkan oleh

AP atau peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri bagi penerimaan wang iaitu dari

segi kebenaran/kelulusan menerima kutipan, kawalan penerimaan melalui mel dan

penerimaan wang di kaunter.

8.4.3.3. Kemasukan Pungutan Ke Bank

AP telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wang pungutan ke bank bagi

memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan. Antaranya adalah mengenai

penetapan tempoh memasukkan wang ke bank, kawalan keselamatan penghantaran

wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya, semakan oleh pegawai

bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dan keselamatan wang yang

tidak sempat dimasukkan ke bank.

8.4.3.4. Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil

Bagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan dalam

AP dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanan

kepada Perbendaharaan Negeri, ketepatan penyediaan Penyata Penyesuaian Hasil

Bulanan dan ketepatan Buku Tunai.

8.4.3.5. Akaun Belum Terima

Dasar dan tatacara bagi penyelenggaraan serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT)

ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2008 dan

AP 89A. Antara peraturan yang ditetapkan mengenai pengurusan ABT adalah

penyediaan Laporan Tunggakan Hasil atau Laporan ABT yang lengkap dan kemas kini,

penyerahan Laporan ABT kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh ditetapkan dan

tindakan susulan diambil terhadap jumlah terimaan/hasil yang tertunggak.

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!