15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan

mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Duli Yang

Maha Mulia Sultan Selangor memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Negeri

Selangor. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 2

kaedah pengauditan seperti berikut:

1.1. Pengauditan Penyata Kewangan - Pengauditan ini bertujuan untuk

memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi

tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta

rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas

kini. Pengauditan ini juga dibuat terhadap Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri,

Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam.

1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan - Pengauditan ini bertujuan untuk menilai

sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undangundang

dan peraturan kewangan. Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks

Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007 dan tahun 2011 adalah tahun kelima pelaksanaannya. AI

diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengauditan

pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri bagi mengukur dan menambah baik kawalan

ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang. AI diberi penarafan berdasarkan kepada

tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan

pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah/deposit,

aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan

pelaksanaan AI ini, ia boleh membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan

terbaik. Selain itu, budaya “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”

bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan

Jabatan/Agensi malah aspek integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh

Kerajaan akan dapat dicapai.

2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan

Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2011 disediakan hasil daripada

pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun

2011. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2011,

pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan

pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.

vii

KATA PENDAHULUAN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!