15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8.4.1.3. Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit Dalam

Kerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan di

peringkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telah

ditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan yang dikeluarkan dari semasa

ke semasa. Bagi memastikan pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkan berfungsi

dengan berkesan, Kerajaan juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat

Dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Bilangan 2 Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi dan

urus setia dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yang

telah diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan

tahap pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

a. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) ditubuhkan di setiap Pusat

Tanggungjawab supaya dapat memantapkan lagi pengurusan kewangan dan akaun

Jabatan/Agensi Kerajaan. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2008

menetapkan, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan ahli

jawatankuasa, bermesyuarat setiap 3 bulan, membincangkan perkara yang telah

ditetapkan dan mengemukakan Laporan Suku Tahun dengan lengkap kepada pihak

berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

b. Unit Audit Dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 menghendaki Unit Audit Dalam

(UAD) ditubuhkan di Jabatan/Agensi Negeri bagi membantu Ketua Jabatan

memantapkan pencapaian pengurusan dan memastikan pencapaian objektif

organisasi secara cekap dan berhemat. Bagi melaksanakan fungsinya, UAD

bertanggungjawab menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam, mengemukakan

Rancangan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif masing-masing

selewatnya pada 31 Januari, membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat

JPKA dan mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif

selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. Manakala tanggungjawab Ketua

Jabatan adalah mengkaji dan meluluskan Rancangan Tahunan dan Laporan

Tahunan Audit Dalam, memastikan tindakan susulan diambil terhadap

pemerhatian/Laporan Audit Dalam dan memastikan anggota UAD mempertingkatkan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab

mereka secara berkesan.

c. Jawatankuasa Keutuhan Dan Tadbir Urus

Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Jawatankuasa

Keutuhan Dan Tadbir Urus (JKTU) hendaklah ditubuhkan di peringkat Kementerian

60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!