15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8.4.1.1. Struktur Organisasi

Bagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negeri

hendaklah memastikan:

a. Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini sepertimana yang

ditetapkan di Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991.

b. Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.

Had kuasa dan tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab perlu dinyatakan

dengan jelas. Seksyen 15A(2), Akta Tatacara Kewangan, Arahan Perbendaharaan

(AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan.

c. Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 dipatuhi.

Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakan

dengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia dengan pegawai

bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugas ini juga

perlu sentiasa dikemaskinikan.

d. Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras dengan

pekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempoh

yang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi melahirkan sumber

manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

8.4.1.2. Sistem Dan Prosedur

Bagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi

Negeri hendaklah memastikan:

a. Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semula

secara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991

adalah berkaitan.

b. Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memiliki

kesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran

Awam Bilangan 8 Tahun 1991 adalah berkaitan.

c. Pemeriksaan mengejut (seperti yang ditetapkan di bawah AP 309) dijalankan secara

berkala (tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan) terhadap peti besi, peti wang

tunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna bagi menyimpan wang, setem atau

barang-barang lain yang berharga. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan

dengan lengkap untuk memudahkan rujukan.

d. Garis Panduan Pengurusan Kewangan Dan Akaun serta Dokumen Kualiti yang

disediakan oleh Agensi Negeri adalah lengkap dan kemas kini.

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!