15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4.9.4.6. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, baki tunggakan bayaran

balik pinjaman Kerajaan Negeri mulai menurun pada tahun 2010 berbanding trend

meningkat bagi tahun-tahun sebelumnya. Antara sebab penurunan adalah pihak

SYABAS telah membuat bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air mengikut

penjadualan semula. Selain itu, penurunan tersebut juga disebabkan Kerajaan Negeri

telah membayar balik sebahagian pinjaman Rumah Awam Kos Rendah dan bayaran

balik Pinjaman Pelbagai mengikut jadual.

4.9.4.7. Analisis perbandingan antara jumlah hutang awam pada tahun 2011

berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2011

mendapati prestasi pembayaran balik pinjaman tahun 2011 adalah sangat baik. Ini

adalah kerana baki hutang awam pada tahun 2011 menurun sejumlah RM25.01 juta

(2.5%) berbanding tahun 2010. Manakala, tunggakan bayaran balik pinjaman

pada tahun 2011 turut mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta (92.2%)

berbanding tahun 2010.

4.10. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

4.10.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan

Kerajaan Negeri adalah baik. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun

berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah

RM1,944.01 juta meningkat sejumlah RM357.13 juta berbanding RM1,586.88 juta pada

tahun 2010. Jumlah kutipan hasil pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan

sejumlah RM62.50 juta (4%). Manakala jumlah tunggakan hasil menurun sejumlah

RM75.26 juta (15%). Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan

surplus sejumlah RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010.

Pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan adalah tidak memuaskan di

mana secara purata, Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat pulangan dividen

sejumlah RM5.91 juta (1.6%) berbanding pelaburan sejumlah RM376.51 juta bagi

tempoh 5 tahun iaitu tahun 2007 hingga 2011. Baki pinjaman boleh dituntut

menurun sejumlah RM50.88 juta (7.8%) dan tunggakan bayaran balik pinjaman

boleh dituntut meningkat sejumlah RM10.63 juta. Prestasi pembayaran hutang awam

pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki hutang awam telah menurun

sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman mencatatkan

penurunan sejumlah RM604.97 juta.

4.10.2. Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan

terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan

terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut. Kerajaan Negeri

juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi

mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat.

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!