15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tahun 2010 berjumlah RM11,100 telah dibayar oleh MBI kepada Kerajaan Negeri pada

bulan Januari 2011. Selain itu, dividen yang dibayar oleh PNB pada tahun 2011

berjumlah RM4,275 telah dibayar oleh MBI kepada Kerajaan Negeri pada bulan Januari

2012. Pada keseluruhannya, dividen yang diterima dari tahun 2007 hingga 2011 adalah

berjumlah RM5.91 juta (1.6%) daripada kos pelaburan. Kadar pulangan dividen ini adalah

sangat rendah dan sangat tidak memuaskan.

4.4. AKAUN HASIL DISATUKAN

Akaun Hasil Disatukan mengakaunkan semua urus niaga penerimaan hasil dan

perbelanjaan mengurus Kerajaan. Akaun ini ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan 98

Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a) Akta Tatacara Kewangan 1957. Kerajaan

Negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM180.50 juta

berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan berjumlah RM56.26

juta atau 45.3%. Surplus ini berpunca daripada kutipan hasil berjumlah RM1,634 juta

melebihi Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,453.50 juta.

Kedudukan Akaun Hasil Disatukan adalah seperti berikut:

4.4.1. Hasil

4.4.1.1. Kerajaan Negeri memungut 3 jenis hasil yang terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil

Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Anggaran hasil bagi tahun 2011 adalah

berjumlah RM1,430 juta. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri

pada tahun 2011 adalah berjumlah RM1,634 juta atau 114.3% dari anggaran hasil.

Perbandingan anggaran hasil dengan kutipan hasil sebenar bagi tahun 2011 adalah

seperti di Jadual 4.8.

Jadual 4.8

Perbandingan Anggaran Hasil Dengan Kutipan Hasil Sebenar Bagi Tahun 2011

Bil. Jenis Hasil

Anggaran

Diluluskan

(RM Juta)

13

Hasil

Sebenar

(RM Juta)

Perbezaan

(RM Juta) (%)

1. Hasil Cukai 530.98 534.32 3.34 100.6

2. Hasil Bukan Cukai 467.16 791.18 324.02 169.4

3. Terimaan Bukan Hasil 431.86 308.50 -123.36 71.4

Jumlah 1,430.00 1,634.00 204.00 114.3

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

4.4.1.2. Hasil yang dikutip pada tahun 2011 meningkat sejumlah RM62.50 juta (4%)

berbanding sejumlah RM1,571.50 juta pada tahun 2010 seperti di Jadual 4.9.

Jadual 4.9

Pungutan Hasil Negeri Pada Tahun 2011 Berbanding 2010

Tahun Perubahan

Bil. Jenis Hasil

2010 2011

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Hasil Cukai 517.74 534.32 16.58 3.2

2. Hasil Bukan Cukai 674.06 791.18 117.12 17.4

3. Terimaan Bukan Hasil 379.70 308.50 -71.20 -18.8

Jumlah 1,571.50 1,634.00 62.50 4.0

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!