15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4. LATAR BELAKANG

Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Selangor Tahun 2011, juga membuat analisis mengikut prinsip asas perakaunan tunai ubah

suai terhadap data kewangan bagi menentukan tahap prestasi kewangan Kerajaan Negeri.

Hasil analisis yang dijalankan adalah berdasarkan Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata

Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, dan Penyata

Akaun Memorandum serta Nota Kepada Penyata Kewangan.

4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam di

bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan

yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun

Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.

4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN

4.2.1. Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada

akhir tahun 2011 adalah RM1,944.01 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk

wang tunai RM390.89 juta dan pelaburan sejumlah RM1,553.12 juta. Kedudukan Kumpulan

Wang Disatukan Negeri Selangor bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010 adalah seperti di

Jadual 4.1.

Jadual 4.1

Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2011 Berbanding 2010

Tahun Perubahan

Bil.

Butiran

2010 2011

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Akaun Hasil Disatukan 732.25 912.75 180.50 24.7

2. Akaun Pinjaman Disatukan 0 0 0 0

3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 854.63 1,031.26 176.63 20.7

a. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 449.63 488.20 38.57 8.6

i. Kumpulan Wang Pembangunan 128.23 141.20 12.97 10.1

ii. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 13.59 10.25 -3.34 -24.6

iii. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah

Kerajaan

305.72 332.43 26.71 8.7

iv. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2.09 4.32 2.23 106.7

b. Kumpulan Wang Amanah Awam 276.45 439.08 162.63 58.8

c. Akaun Wang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Jumlah 1,586.88 1,944.01 357.13 22.5

7

BAHAGIAN II

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!