15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI

NEGERI

4. Secara umumnya, pencapaian prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi

Negeri bagi tahun 2011 bertambah baik berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2011,

sebanyak 8 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan

Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian, Pejabat Daerah Dan

Tanah Sabak Bernam, Majlis Agama Islam Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan

Warisan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya serta Majlis Perbandaran

Kajang adalah pada tahap sangat baik. Manakala 10 Jabatan/Agensi Negeri lain berada

pada tahap baik. Pada tahun 2010 pula, 4 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit adalah pada

tahap sangat baik, 11 Jabatan/Agensi Negeri pada tahap baik dan satu Agensi Negeri pada

tahap memuaskan. Jabatan/Agensi Negeri boleh mempertingkatkan pengurusan kewangan

ke tahap yang lebih baik jika langkah penambahbaikan dijalankan oleh Jabatan/Agensi.

Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan menganjurkan program latihan/kursus

yang berterusan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan agar mereka

dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugas.

BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA

KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI

5. Sehingga 21 Mei 2012, kesemua 12 PBT dan 2 Badan Berkanun Negeri iaitu

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah

Selangor telah mengemukakan penyata kewangan tahun 2011 untuk diaudit dalam tempoh

yang ditetapkan. Manakala sejumlah 6 Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan

Lembaga Zakat Selangor serta kesemua 5 Kumpulan Wang lewat/belum mengemukakan

penyata kewangan untuk diaudit. Pada tahun 2011, sebanyak 17 penyata kewangan telah

diberi Sijil Audit Tanpa Teguran manakala 8 penyata kewangan lagi telah memperoleh Sijil

Audit Berteguran. Laporan Ketua Audit Negara mengenai semua penyata kewangan bagi

tahun 2010 yang perlu dibentang di Dewan Negeri Selangor telah dibentangkan pada bulan

November 2011 dan Mac 2012.

6. Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 menunjukkan 5 Badan

Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan 9 Pihak Berkuasa Tempatan telah

mengakhiri tahun kewangan dengan memperoleh surplus berbanding perbelanjaan.

Manakala 2 Badan Berkanun Negeri dan 3 Pihak Berkuasa Tempatan telah mengalami

defisit pada tahun 2010 berikutan peningkatan perbelanjaan tidak seimbang dengan

peningkatan pendapatan. Prestasi kewangan tahun 2010 juga menunjukkan 6 Badan

Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan 9 Pihak Berkuasa Tempatan

memperoleh lebihan aset semasa yang menunjukkan keupayaan Agensi dalam menampung

tuntutan dan tanggungan jangka pendek.

xiv

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!