15.10.2012 Views

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

Selangor 2011- portal JAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011

1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan gambaran yang benar

dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berakhir

31 Disember 2011. Semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata

Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata

Akaun Memorandum serta Nota Kepada Penyata Kewangan telah disertakan dengan

dokumen sokongan yang mencukupi.

BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2011 adalah baik.

Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM357.13 juta (22.5%)

kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,634 juta meningkat sejumlah RM62.50 juta (4%)

berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM1,571.50 juta. Akaun Hasil Disatukan Kerajaan

Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24

juta pada tahun 2010. Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri

sejumlah RM75.26 juta (15%) kepada RM426.79 juta pada tahun 2011 berbanding

RM502.05 juta pada tahun 2010. Pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan

adalah tidak memuaskan apabila Kerajaan Negeri Selangor mendapat pulangan dividen

yang sangat rendah dalam tempoh 5 tahun kebelakangan iaitu tahun 2007 hingga 2011.

Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki

hutang awam telah menurun sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran

balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta. Usaha memperkukuhkan

ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan,

sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu

mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

3. Pada keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan adalah baik dari

segi perbelanjaan dan bilangan projek yang diluluskan. Bagi tempoh tahun pertama RMKe-

10 sehingga akhir tahun 2011, sebanyak 377 projek (60.1%) daripada 627 projek yang

dilulus telah siap dan sedang dilaksanakan. Pencapaian perbelanjaan pembangunan pula

adalah sebanyak 81%. Perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan yang cekap

dan berkesan hendaklah diberi perhatian bagi meningkatkan kemakmuran negeri dan

kesejahteraan rakyat.

xiii

INTISARI LAPORAN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!