08.06.2013 Views

Sektor Pembuatan.pdf

Sektor Pembuatan.pdf

Sektor Pembuatan.pdf

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

(JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA)

SISTEM UPAH YANG

DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI

(PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM-PLWS)

MINSITRY OF HUMAN RESOURCES

(DEPARTMENT OF INDUSTRIAL RELATIONS MALAYSIA)

SEKTOR

PEMBUATAN

PENGHARGAAN

Penerbitan buku ini adalah hasil daripada program attachment

yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhubungan

Perusahaan Malaysia (JPPM) di beberapa buah syarikat yang

terpilih. Pihak JPPM merakamkan penghargaan atas kerjasama

yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat dan pihak-pihak

yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung

bagi menghasilkan buku panduan ini. Diharap penerbitan buku

ini dapat memberikan manfaat kepada semua majikan, pekerja

dan kesatuan sekerja.

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

i. Pengenalan 1

ii. Daftar Istilah 2

iii. Ciri-Ciri Utama PLWS 3

iv. Model-model PLWS 4

v. Elemen-elemen PLWS 6

vi. Industri-Industri Di Bawah 8

Sektor Pembuatan

vii. Pelaksanaan PLWS Di Dalam 9

Industri Pembuatan

Syarikat A (Industri Berasaskan Kaca) 9

Syarikat B (Industri Tekstil) 16

Syarikat C (Industri Petrokimia) 18

viii. Penutup 23

1

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau

Productivity Linked Wage System (PLWS) adalah satu sistem untuk

mewujudkan kaitan yang rapat di antara upah dan produktiviti

bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya daya

saing Negara. Ia akan memberi manfaat kepada majikan-

majikan dan pekerja-pekerja sama ada yang berkesatuan atau

tidak berkesatuan.

Sektor pembuatan merupakan di antara penyumbang utama

kepada ekonomi Negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia

Ke Lapan, sektor pembuatan telah mencatat pertumbuhan

pada kadar purata 4.1 peratus setahun. Dalam tempoh

Rancangan Malaysia Ke Sembilan pula, sektor pembuatan

disasarkan berkembang pada kadar purata 6.7 peratus setahun

dan pemangkin pertumbuhan sektor ini dijangka disumbangkan

oleh industri yang didorong oleh teknologi dan inovasi yang akan

menghasilkan peluang peningkatan eksport, pendapatan dan

pekerjaan yang lebih besar¹.

PENGENALAN

Oleh itu Kerajaan telah memberi tumpuan kepada sektor

pembuatan bagi memastikan sektor ini terus berkembang pesat

dan mampan serta berdaya saing.

¹ Rancangan Malaysia KeSembilan 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi

DAFTAR ISTILAH

Gaji pokok Bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi

unit masa kerja yang telah dilakukan, tidak

termasuk premium, elaun-elaun dan lain-lain

faedah tambahan.

Upah Apa-apa bayaran tunai yang dibayar kepada

pekerja di atas kerja yang dilakukan.

Pendapatan Jumlah bayaran yang diperolehi termasuk gaji

pokok, upah, kerja lebih masa, insentif, lain-lain

faedah tambahan seperti makanan, pakaian

dan hostel.

Produktiviti Daya pengeluaran serta satu pencapaian

terhadap hasil kerja yang dilakukan.

Bonus Bayaran tunai yang dibayar sebagai imbuhan

tambahan kepada pekerja di atas keuntungan

yang diperolehi oleh syarikat.

2

3

CIRI-CIRI UTAMA PLWS

Ciri-ciri utama PLWS adalah seperti berikut:

a. Upah hendaklah merangkumi kombinasi pendapatan

bulanan atau lain-lain bayaran yang kerap, kenaikan gaji

tahunan, bonus tahunan atau lain-lain bayaran tunai kepada

pekerja;

b. Upah hendaklah mengandungi komponen tetap, termasuk

gaji pokok dan komponen tambahan dalam bentuk bayaran

bolehubah;

c. Satu contoh ciri terpenting dalam komponen tetap dan

bolehubah adalah seperti berikut:

Komponen Tetap

- Gaji pokok

- Kenaikan gaji tahunan

- Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

Komponen Bolehubah

- Kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada peningkatan

produktiviti atau berdasarkan formula pengagihan

keuntungan

d. Perubahan gaji pokok perlu mengambilkira faktor-faktor

seperti kos hidup;

e. Komponen tetap hendaklah menggambarkan nilai kerja dan

bayaran kenaikan gaji tahunan adalah sebagai pengiktirafan

tempoh perkhidmatan dan pengalaman para pekerja; dan

f. Komponen bolehubah boleh ditentukan dengan

mengaitkannya kepada produktiviti dan prestasi individu,

kumpulan kerja atau organisasi. Petunjuk-petunjuk yang

digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta

pertimbangan juga hendaklah diberikan berdasarkan

kepada situasi semasa.

MODEL-MODEL PLWS

PLWS boleh diasaskan kepada model-model seperti berikut:

a. Model Berasaskan Keuntungan

Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri

daripada:

- Gaji pokok;

- Kenaikan gaji tahunan; dan

- Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen bolehubah pula terdiri daripada:

- Bayaran bonus

Komponen ini berdasarkan kepada keuntungan syarikat.

Formula pengagihan keuntungan hendaklah dipersetujui

oleh pihak pengurusan dan kesatuan serta dijelaskan

dalam perjanjian kolektif atau melalui rundingan bagi

syarikat yang tidak berkesatuan.

- Insentif upah

Komponen ini akan dibayar apabila keuntungan yang

diperolehi melebihi suatu tahap keuntungan yang

ditetapkan (threshold level). Tahap atau nilai keuntungan

ini boleh dikira berdasarkan pulangan ke atas pelaburan

dan juga purata keuntungan yang diperolehi dalam

beberapa tahun yang lepas.

4

5

b. Model Berasaskan Produktiviti

Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri

daripada:

- Gaji pokok;

- Kenaikan gaji tahunan; dan

- Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen bolehubah bagi model produktiviti adalah seperti

berikut:

- Pihak pengurusan dan pekerja/wakil pekerja akan

berunding mengenai bayaran insentif yang sesuai

berdasarkan peningkatan produktiviti bagi tahun

berkenaan;

- Insentif upah bagi sesuatu tahun hendaklah sepadan

dengan peningkatan produktiviti;

- Kenaikan gaji tahunan yang dibayar berdasarkan

produktiviti bolehubah yang berkala;

- Bayaran produktiviti yang berubah bergantung kepada

prestasi syarikat. Jika prestasi merosot dengan ketara

mungkin bayaran bolehubah tidak akan dibayar;

- Pada peringkat permulaan, satu formula atau

persefahaman perlu diwujudkan untuk membuat

pelarasan bagi bayaran produktiviti bolehubah;

- Syarikat-syarikat yang tidak mempunyai petunjukpetunjuk

produktivitinya sendiri boleh menggunakan

petunjuk industri atau produktiviti Negara atau petunjuk

pertumbuhan ekonomi Negara sebagai panduan bagi

menentukan pelarasan gaji bagi tahun berkenaan; dan

- Petunjuk-petunjuk produktiviti yang digunakan hendaklah

berdasarkan kepada nilai ditambah setiap pekerja atau

kaedah-kaedah lain.

c. Model Campuran

Model ini adalah gabungan Model Keuntungan dan Model

Produktiviti. Contohnya, di dalam komponen boleh ubah

iaitu bonus yang dibayar bergantung kepada produktiviti

pekerja dan keuntungan syarikat.

ELEMEN-ELEMEN PLWS

Berikut adalah di antara elemen-elemen PLWS yang

digunapakai:

i. Bonus Bukan Kontraktual;

Sistem bonus fleksibel yang ditentukan berdasarkan

keuntungan syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya;

ii. Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi;

Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja;

iii. Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang DiCapai;

Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan

yang dicapai oleh syarikat (threshold level);

iv. Kadar Per Unit / Piece Rate System;

Bayaran upah berdasarkan kuantiti pengeluaran yang

dihasilkan. Bayaran insentif tambahan diberikan jika

pengeluaran melebihi tahap yang disasarkan;

6

7

v. Kombinasi Bonus Kontraktual Bukan Kontraktual;

Kombinasi kedua-dua bonus ini dibayar bergantung kepada

keuntungan syarikat dan/atau prestasi pekerja;

vi. Pencapaian Individu / Kumpulan;

Insentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja /

kumpulan yang dilihat dari segi:

• Kuantiti;

• Kualiti; dan

• Penggunaan masa

oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu proses

pengeluaran;

vii. Insentif Kedatangan;

Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja;

viii. Elaun Kemahiran;

Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran

atau pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan

tugas; dan

x. Lain-lain insentif yang diberikan mengikut kesesuaian

sesebuah syarikat.

INDUSTRI-INDUSTRI DI BAWAH SEKTOR PEMBUATAN

Industri-industri yang terlibat dalam sektor pembuatan terbahagi

kepada dua iaitu:-

i. Industri berasaskan sumber. Contoh industri berasaskan

sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman,

keluaran berasaskan kayu termasuk perabot dan kertas,

industri kimia, industri petrokimia dan pemprosesan getah.

ii. Industri bukan berasaskan sumber. Contoh industri bukan

berasaskan sumber adalah seperti elektronik, tekstil,pakaian,

keluaran bukan logam dan perusahaan membuat jentera/

mesin.

Bentuk Pembayaran Gaji

i. Gaji bulanan;

ii. Gaji harian;

iii. Kadar perunit (piece rated); dan

iv. Faedah-faedah tunai yang lain (bonus, elaun syif, elaun

kedatangan, subsidi pengangkutan dan makanan dll)

8

9

PELAKSANAAN PLWS DI DALAM SEKTOR PEMBUATAN

Berikut adalah beberapa contoh syarikat di sektor pembuatan

yang telah melaksanakan PLWS:-

SYARIKAT A (INDUSTRI BERASASKAN KACA)

Syarikat A mengamalkan Sistem Bonus Pengeluaran yang

mengaitkan bayaran upah dengan prestasi individu, kumpulan

dan juga syarikat. Pembayaran bonus dibuat pada setiap

bulan dan hanya pekerja di Bahagian Pengeluaran sahaja

yang melaksanakan sistem ini. Jumlah bayaran bonus adalah

bergantung kepada 3 faktor berikut :-

a. Prestasi Syarikat (Company Performance)

Sistem Bonus Pengeluaran ini dibayar pada setiap bulan

berdasarkan pendapatan bulanan syarikat sebelum ditolak

Faedah dan Earning Before Interest and Tax (Gross Profit).

Formula :-

Bonus :-

Bil

Jumlah yang diperuntukan untuk Bonus (RM)

Jumlah Pekerja (Bahagian Pengeluaran)

Jadual 1

Earning Before Interest

and Tax (Gross Profit)

Jumlah Diperuntukkan

Untuk Bonus

1 RM600,000 RM30,000

2 RM500,000 RM25,000

3 RM400,000 RM20,000

4 RM300,000 RM15,000

5 RM200,000 RM10,000

6 RM100,000 RM5,000

Contoh Pengiraan :

Berdasarkan Jadual 1, pada bulan April 2008, syarikat

memperolehi pendapatan bulanan (Gross Profit) sejumlah

RM500,000. Oleh itu syarikat akan memperuntukkan RM25,000

kepada semua pekerja di Bahagian Pengeluaran iaitu

termasuklah operator pengeluaran, line leader dan penyelia.

Gross Profit : RM500,000

Peruntukan : RM25,000

Jumlah pekerja : 450 (Jumlah pekerja di

Bahagian Pengeluaran)

Bonus setiap pekerja bagi

bulan April

: RM25,000

450

b. Prestasi Individu (Individual Performance)

: RM55.55 sebulan bagi setiap

pekerja

Bayaran bonus bulanan bagi setiap pekerja akan dinilai oleh

Pegawai Penilai berdasarkan 2 faktor berikut :-

Faktor 1 ( F1) = Assessment of individual performance

based on Annual Performance.

Faktor 2 ( F2) = Job important / level – tahap kesusahan

sesuatu jawatan ditetapkan oleh majikan.

Catatan :-

F1 dan F2 = ranging from a weightage of 0.7 to 1.5

10

11

Jadual 2

Faktor 1 (F1). Prestasi individu berdasarkan prestasi tahunan

(performance appraisal)

Assessment Grading % Factor 1 (F1) %

< 46 0

46.0 - 50.9 0.5

51.0 - 55.9 0.6

56.0 - 60.9 0.7

61.0 - 65.9 0.8

66.0 - 70.9 0.9

71.0 - 75.9 1.0

76.0 - 80.9 1.1

81.0 - 83.9 1.2

> 84 1.3

Kenaikan gaji tahunan semasa pekerja adalah berdasarkan

prestasi kerja tahun sebelumnya.

Contoh:

Daripada Jadual 2 di atas, jika seorang pekerja mendapat 72%

prestasi kerjanya pada tahun 2007, maka beliau layak mendapat

1.0% kenaikan daripada gaji pokoknya. Sekiranya gaji pokok

pekerja ialah RM2,000.00 sebulan, maka pekerja berkenaan

akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM20.00 menjadikan

gaji pokoknya RM2,020.00 setiap bulan pada tahun 2008.

c. Prestasi Kumpulan (Group Performance)

Prestasi kumpulan adalah terdiri daripada 2 faktor yang di

tentukan oleh penyelia iaitu :-

Faktor 3 (F3) = Team performance based on a set daily &

weekly production.

Faktor 4 (F4) = Extra Performance - bergantung kepada

penilaian penyelia berdasarkan prestasi

pekerjanya seperti inovasi, kreativiti dan

daya kepimpinan.

Catatan :-

F3 dan F4 = ranging from a weightage of 0 to 0.15

12

13

Jadual 3

PENGIRAAN BONUS PENGELUARAN (%)

TEAM PERFORMANCE (F3) (%) EXTRA PERFORMANCE (%)

F3 (%) F4 (%)

F2

F1

Basic

Salary

No. Name

Wk 1 Wk 2 Wk 3 Wk 4 Wk 1 Wk 2 Wk 3 Wk 4

1 Ali 1834.00 1.2 0.9 0.9 1.1 1.1 0.9 0.18 0.36 0 0

2 Ah Chong 2000.00 1.1 0.9 0.9 1.1 1.2 0.9 0.12 0 0.42 0.33

3 Kumar 2000.00 1.1 1 0.9 1.1 1.2 0.9 0.13 0 0 0.33

Jadual 3(i)

PENGIRAAN BONUS PENGELUARAN (RM)

TEAM PERFORMANCE (F3) (RM) EXTRA PERFORMANCE (RM)

F3 (%) F4 (%)

Jum

Bonus

Jum

(RM)

Jum

(RM)

F2

(RM)

F1

(RM)

No. Name

Wk 1 Wk 2 Wk 3 Wk 4

Wk 1 Wk 2 Wk 3 Wk 4

1 Ali 22 16.50 16.50 20.17 20.17 16.50 73.36 3.3 6.6 0 0 9.90 121.76

2 Ah Chong 22 18.00 18.00 22.00 24.00 18.00 82.00 2.4 0 8.4 6.6 17.40 139.40

3 Kumar 22 20.00 18.00 22.00 24.00 18.00 82.00 2.6 0 0 6.6 9.20 133.20

Contoh Pengiraan :

Ali bekerja di Bahagian Pengeluaran sebagai Production

Inspector (Medium weight). Gaji asas beliau adalah RM1,834.00

sebulan. Grade Annual Performance bagi tahun 2007 ialah

82.1%. Syarikat memperolehi pendapatan pada bulan Mac 2008

sejumlah RM600,000. Jumlah keseluruhan pekerja di Bahagian

Pengeluaran adalah 400 orang.

Bonus pengeluaran yang layak diperolehi oleh Ali adalah

berdasarkan: -

i. Company performance (Rujuk Jadual 1)

RM30,000

400 ( bil. pekerja)

= RM75.00

ii. Individual performance

F1 = 1.2 % (Rujuk Jadual 3)

= 1.2 % x 1834.00

= RM22.00 (Rujuk Jadual 3(i))

F2 = L3 (rujuk Jadual 2)

= 0.9 % X RM1834.00

= RM16.50 (Rujuk Jadual 3(i))

iii. Group performance

F3 = Team performance (Rujuk Jadual 3)

= [Wk1 + Wk 2 + Wk 3 + Wk 4] x RM1834.00

= [0.9 % + 1.1 % + 1.1 + 0.9 %] x RM1834.00

= RM73.36 (Rujuk Jadual 3(i))

F4 = Extra performance (Rujuk Jadual 3)

= [Wk1 + Wk 2 + Wk 3 + Wk 4] x RM1834.00

= [0.54 %] x RM1834.00

= RM9.90 (Rujuk Jadual 3(i))

14

15

Jumlah bonus pengeluaran bulan Mac bagi Ali ialah :

1. Company performance = RM75.00

2. Individual performance = RM22.00 + RM16.50

= RM38.50

3. Group Performance = RM73.36 + RM9.90

= RM83.26

Jumlah keseluruhan bonus = RM196.76

pengeluaran bulanan

Jumlah pendapatan Ali = RM1,834.00 + RM196.76

bagi bulan Mac 2008

= RM2,030.76

SYARIKAT B (INDUSTRI TEKSTIL)

Syarikat ini telah memperkenalkan satu sistem yang masih

menggunakan elemen kadar per unit (piece rated) tetapi ia

dikira berdasarkan pencapaian secara berkumpulan yang

mengandungi 26-28 orang pekerja dikenali sebagai sistem

modular.

Sistem ini mengandungi elemen-elemen penting seperti berikut:-

i. Standard Minute Value (SMV) – tempoh masa standard

yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk menyiapkan

sesuatu kerja;

ii. Yield Rate - satu harga standard yang ditetapkan oleh pihak

majikan berdasarkan tahap kesukaran setiap jenis kerja yang

dilakukan;

iii. Working Minute – tempoh masa bekerja normal sehari syarikat

ini ialah 500 minit; dan

iv. Output - bilangan produk yang dapat disiapkan oleh sesuatu

kumpulan modular dalam sehari.

Hasil daripada gabungan elemen-elemen di atas, maka

terbentuklah satu formula iaitu Piece Work Earning (PWE) untuk

mengira pendapatan sesebuah kumpulan modular.

Struktur upah syarikat ini adalah seperti berikut :-

• Komponen tetap :

Elaun Makan = RM1.20 sehari

Elaun Kehadiran = RM1.50 sehari

Jaminan Upah Minimum = RM11.00-19.00

16

17

Nota : Jaminan upah minimum ialah jaminan upah yang akan diterima

oleh pekerja mengikut kekananan (seniority). Sekiranya pendapatan

pekerja pada hari tersebut tidak mencecah kadar upah minimum

maka pekerja tetap akan dibayar pada kadar upah minimum yang

ditetapkan sebaliknya jika pendapatan pekerja melebihi kadar upah

minimum, maka pekerja akan dibayar mengikut jumlah pendapatan

sebenar.

• Komponen berubah :

Piece Work Earning (PWE) yang bergantung kepada

output setiap kumpulan modular.

Formula :

Piece Work Earning (PWE)

= Output X SMV

----------------------- X Yield rate

Working Minute

Melalui sistem ini, pendapatan pekerja meningkat berbanding

dengan penggunaan sistem piece rated individu (conventional

line).

Contoh pengiraan :

Pendapatan seorang pekerja menggunakan sistem piece rated

(conventional line):

Output = 300 helai seluar

SMV = 1.2 minit (tempoh masa untuk

menjahit satu poket depan seluar)

Yield Rate = RM27.80 (ditetapkan oleh pihak

majikan).

Working Minute = 500 minit

PWE = 300 x 1.2

500

x 27.80

= RM20.02

Pendapatan seorang pekerja menggunakan Sistem Modular :

Output = 500 helai seluar

SMV = 35 minit (tempoh masa untuk

menyiapkan sehelai seluar secara

berkumpulan)

Yield Rate = RM27.80

Working Minute = 14,000 minit (500 minit X 28 orang)

PWE = 500 x 35

14,000

x 27.80

= RM34.75

Nota : Output secara berkumpulan adalah lebih tinggi berbanding

secara individu.

SYARIKAT C (INDUSTRI PETROKIMIA)

Syarikat C melaksanakan pembayaran berlandaskan

performance and competency serta sumbangan pekerja

kepada syarikat. Syarikat C telah mengamalkan konsep ‘pekerja

kawal pekerja’ dalam mencapai objektif masing-masing. Sistem

upah yang diamalkan adalah seperti berikut :

• Gaji Pokok

Penetapan gaji pokok dipengaruhi oleh pasaran buruh

semasa khususnya di kalangan sektor yang sama.

• Bonus Tahunan

Selain daripada bonus yang ditetapkan sebagaimana

yang termaktub dalam Perjanjian Bersama (Collective

Agreement – CA) atau kontrak perkhidmatan, syarikat

juga memberikan bonus berdasarkan prestasi syarikat dan

prestasi pekerja (individu dan kumpulan) sebagaimana

berikut:

18

19

a) Bonus Berdasarkan Prestasi Syarikat

Pembayaran bonus adalah faktor boleh ubah dan menjadi

budibicara majikan berdasarkan elemen berikut:

i. Prestasi kewangan syarikat berdasarkan tahun semasa.

ii. Pihak syarikat perlu memaklumkan keuntungan sebenar

kepada pekerja. Pembayaran bonus adalah bergantung

kepada keuntungan syarikat.

Contohnya:

Keuntungan

(RM juta)

Bonus/Bulan

Melebihi 4.5 1.25

3.5 - 4.49 1.00

2.5 - 3.49 0.75

1.5 - 2.49 0.50

1.49 ke bawah 0.25

Kadar pembayaran bonus telah ditetapkan oleh syarikat

di antara 0.25 hingga 1.25 bulan bergantung kepada

keuntungan yang diperolehi. Jumlah bonus yang akan

diterima oleh pekerja adalah berasaskan kepada gaji pokok

masing-masing.

b) Bonus Berdasarkan Prestasi Pekerja

Terdapat 2 jenis pemberian bonus iaitu:

i) Bonus Berdasarkan Prestasi Individu

Penilaian prestasi setiap pekerja dinilai dengan

menggunakan Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) yang

mempunyai Performance Management Timeline yang

terbahagi kepada 3 peringkat mengikut tahun kewangan

syarikat iaitu:

• Performance Planning (April hingga September)

• Midyear Review (Oktober)

• Year End Review (November hingga Mac)

Rujuk Jadual 4.

Jadual 4: Skala Pemberian Bonus Berdasarkan Prestasi Individu

Markah

Prestasi

< 35

Status

Pencapaian

Pekerja

Tidak

memuaskan

Gred

Mata

(Point)

Bonus

(x bulan

gaji asas)

1 1.0 0.00

35 - 49 Lemah 2 1.5 0.25

50 - 74 Memuaskan 3 2.0 0.50

75 - 90 Baik 4 2.5 0.75

91 - 100 Cemerlang 5 3.0 1.00

ii) Bonus Berdasarkan Prestasi Kumpulan

Ganjaran ini dilaksanakan kepada kumpulan eksekutif

berasaskan pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (Key

Performance Indicator – KPI) yang ditetapkan oleh

pihak pengurusan dan pencapaian syarikat. Dalam

proses menetapkan jumlah bonus yang patut diterima,

pihak syarikat mengamalkan konsep kongsi untung

yang mana jumlah bonus akan ditetapkan berdasarkan

keuntungan syarikat dan kelulusan Lembaga Pengarah.

Walau bagaimanapun, tiada satu formula atau skala

yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Ia bergantung

kepada prestasi syarikat secara keseluruhan.

Contoh:

Keuntungan selepas cukai : RM10 juta

Agihan bonus kumpulan : RM2 juta

(20% daripada RM10 juta)

Agihan prestasi kumpulan : RM200,000

(10% daripada RM2 juta)

Jumlah kumpulan eksekutif : 10

Berdasarkan kepada Jadual 5, syarikat telah membahagikan

pekerja eksekutifnya kepada 10 kumpulan :

20

21

Kump

Jadual 5

Komponen

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

1 x x x x x x x

2 x x x x x x x x x x

3 x x x x x x x x

4 x x x x x x x x x x x

5 x x x x x x x x x

6 x x x x x x x x x x x

7 x x x x x x x x x

8 x x x x x x x x x x

9 x x x x x x x x x x x

10 x x x x x x x x

Petunjuk : 13 Komponen

1 – Inisiatif

2 – Kreativiti dan inovasi

3 – Interpersonel

4 – Kepimpinan

5 – Pembelajaran

6 – Business and market focus

7 – Kerja kumpulan

8 – Value creation

9 – Keselamatan dan kesihatan tempat pekerjaan

10 – Teknologi maklumat

11 – Productivity focus

12 – Technical capability

13 – Proses kerja

Contoh pengiraan :

RM200,000 / 10 kumpulan

= RM20,000 untuk setiap kumpulan

(Jumlah yang diperolehi akan dibahagikan sama rata

kepada semua ahli kumpulan)

Kumpulan 1 memperolehi 7 mata

RM20,000 x 7 / 13

= RM10,769

Kumpulan 2 memperolehi 10 mata

RM20,000 x 10 / 13

= RM15,384

c. Kenaikan Gaji Tahunan

Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi

setiap pekerja. Pekerja yang akan mendapat kenaikan gaji

adalah mereka yang mendapat prestasi tahap 1 hingga 3

manakala pekerja yang mendapat prestasi tahap 4 tidak

diberikan kenaikan gaji (rujuk Jadual 6).

Prestasi

Skala Gaji

Jadual 6: Skala Kenaikan Gaji Tahunan

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4

1 9% 9% 8% 8%

2 7% 7% 6% 6%

3 5% 5% 4% 4%

4 0% 0% 0% 0%

Nota : Skala gaji ditentukan mengikut tempoh perkhidmatan pekerja

dan peratusan kenaikan gaji tahunan pula ditetapkan oleh majikan

berdasarkan keuntungan yang diperolehi.

Contoh:

Gaji pokok pekerja A : RM500.00(Tahun 2007)

Skala prestasi : Tahap 2

Gaji : Skala 1

Pengiraan : RM500.00 x 7% = RM35.00

RM500.00 + RM35.00

= RM535.00

Gaji pokok pada tahun 2008 : RM535.00

22

23

PENUTUP

Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan suatu

sistem yang boleh membawa manfaat kepada pihak majikan

dan para pekerja. Sekiranya sistem ini dapat diamalkan, bukan

sahaja pekerjaan akan terjamin, malahan ganjaran kepada

pekerja, prestasi syarikat dan pencapaian ekonomi Negara akan

meningkat. Sistem ini juga boleh menjamin suasana perhubungan

perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan.

Kejayaan pelaksanaan sistem upah ini amat bergantung kepada

komitmen pihak pengurusan dan sambutan serta kerjasama dari

pihak pekerja. Komunikasi dua hala yang berkesan, penilaian

yang adil, ketelusan antara majikan dan pekerja serta usaha

gigih yang berterusan oleh semua pihak boleh memastikan

kejayaanpelaksanaan sistem upah ini dengan lebih meluas.

NOTA

NOTA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!