LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my
LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my
LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 (SAMB.)

4. RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING (SAMB.)

(d) Hartanah

AMANAH HARTA TANAH PNB 45

Hartanah merangkumi tanah dan bangunan dinyatakan pada nilai saksama pada setiap tarikh lembaran imbangan,

mewakili nilai pasaran yang ditentukan oleh jurunilai luaran. Keuntungan dan kerugian yang terbit dari perubahan

dalam nilai saksama hartanah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana ianya terbit.

Dalam pelupusan hartanah, perbezaan di antara penerimaan pelupusan bersih dan nilai dibawanya akan dicaj

atau dikredit kepada penyata pendapatan dan perbelanjaan.

(e) Aset Berkaitan Hartanah/Aset Bukan Berkaitan Hartanah

Aset berkaitan hartanah terdiri daripada sekuriti disebut harga diterbitkan oleh syarikat-syarikat hartanah.

Aset bukan berkaitan hartanah terdiri daripada sekuriti disebut harga diterbitkan oleh syarikat-syarikat bukan

hartanah.

Sekuriti disebut harga dinyatakan pada nilai pasaran. Nilai pasaran ditentukan berdasarkan kepada harga terakhir

yang disebut di bursa saham pada tarikh penyata aset dan liabiliti. Penambahan dan pengurangan dalam nilai

dibawa bagi sekuriti disebut harga dikreditkan atau dikenakan kepada penyata pendapatan sebagai keuntungan

atau kerugian tidak nyata.

(f) Deposit dengan institusi kewangan

Deposit dengan institusi kewangan dinyatakan pada nilai kos.

(g) Pengiktirafan Pendapatan

(i) Pendapatan Sewaan

Pendapatan sewaan daripada pelaburan hartanah diambil kira mengikut dasar terakru.

(ii) Pendapatan Dividen Kasar

Pendapatan dividen kasar daripada saham disebut harga diambil kira mengikut asas pengisytiharan,

apabila hak untuk menerima dividen telah dikenal pasti.

(iii) Pendapatan Lain

Pendapatan faedah, pendapatan tempat letak kereta dan lain-lain pendapatan berkaitan hartanah/bukan

berkaitan hartanah diambil kira mengikut dasar terakru.