24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MAKLUMAT PEMATUHAN TAMBAHAN

1. BELIAN BALIK SAHAM

97

Sepanjang tahun kewangan, Syarikat telah membeli balik 76,800 sahamnya daripada pasaran terbuka Bursa Sekuriti

dengan jumlah balasan sebanyak RM75,356. Butiran belian balik saham adalah seperti berikut:

Bil. Saham Harga Kasar Harga Kasar Harga Kasar

Biasa Jumlah Tertinggi Terendah Purata

Bernilai Balasan Sesaham Sesaham Sesaham

Bulan RM1 Sesaham Pembelian* Dibayar Dibayar Dibayar

RM RM RM RM

Januari 1,100 1,229 1.040 0.995 1.010

Februari 900 1,024 1.020 0.995 1.007

Mac 2,300 2,442 1.010 0.985 0.994

April 2,700 2,794 1.020 0.940 0.967

Mei 12,800 12,431 1.000 0.930 0.949

Jun 11,400 11,009 1.120 0.920 0.943

Julai 1,600 1,820 1.040 0.990 1.015

Ogos 600 690 1.060 1.020 1.042

September 17,800 17,117 1.020 0.935 0.948

Oktober 5,600 5,731 1.030 0.920 0.993

November 14,500 13,776 0.990 0.900 0.936

Disember 5,500 5,293 0.995 0.900 0.926

76,800 75,356

* Termasuk kos sampingan seperti komisyen, yuran penjelasan dan duti setem.

Sejak pelaksanaan skim belian balik saham, Syarikat telah membeli balik 388,700 sahamnya dengan jumlah balasan

termasuk kos sampingan berjumlah RM449,807 atau pada harga kasar purata RM1.140 sesaham. Saham-saham tersebut

kini disimpan sebagai saham perbendaharaan.

2. KONTRAK-KONTRAK PENTING

Kecuali dinyatakan di bawah ini, Syarikat dan/atau anak syarikat tiada sebarang kontrak penting yang melibatkan

kepentingan para pengarah dan pemegang saham utama, sama ada ia masih wujud pada penghujung tahun kewangan,

atau jika ia tidak wujud, dibuat sejak penghujung tahun kewangan sebelumnya:

(i) Pada 7 Mac 2003, UM Residences Sdn Bhd (“UMR”), sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat, telah memasuki

perjanjian usaha sama dengan Liang Court (Malaysia) Sdn Bhd (“LCSB”), sebuah anak syarikat CapitaLand Limited,

yang merupakan pemegang saham utama Syarikat, bagi menubuhkan sebuah perkongsian usaha sama

(“Perkongsian”) untuk mentadbir aspek-aspek penting serta perjalanan perniagaan berhubung pengendalian dan

pengurusan yang berikut:

(a) 48 unit pangsapuri khidmat Seri Bukit Ceylon yang terletak di antara tingkat 5 dan 8, yang telah dibeli oleh

LCSB bagi tujuan perjanjian penyewaan yang akan dibuat di antara LCSB dan Perkongsian;

(b) 48 unit pangsapuri khidmat Seri Bukit Ceylon lain yang terletak di antara tingkat 9 dan 12, bagi tujuan

perjanjian penyewaan yang akan dibuat di antara UMR dan Perkongsian; dan

(a) dan (b) secara kolektif dirujuk sebagai “Pangsapuri Khidmat Somerset” dan

(c) unit-unit lain pangsapuri khidmat Seri Bukit Ceylon yang dimiliki oleh pemilik-pemilik individu (selain

daripada LCSB dan UMR) (“Pangsapuri Khidmat Korporat”) yang disewakan kepada UMR atau penamanya

selaras dengan perjanjian penyewaan untuk penyewaan semula kepada pihak ketiga yang berikutnya.

(a), (b) dan (c) secara kolektif dirujuk sebagai “Perniagaan”, oleh Perkongsian.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!