24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERANAN AUDIT DALAMAN

95

Kajian semula audit dalaman bagi tahun 2005 meliputi Syarikat, Seri Alam Properties Sdn Bhd, Bangi Heights Development

Sdn Bhd, UM Residences Sdn Bhd, Suasana Sentral Two Sdn Bhd dan Dynasty View Sdn Bhd dengan skop keseluruhan dan

bahagian yang menitikberatkan bidang yang berisiko tinggi dan ketara bagi proses perniagaan berikut:

Proses-proses Strategik

• Pengurusan strategik

Proses-proses utama

• Jualan dan pemasaran

• Pengurusan projek

Proses-proses sumber

• Pengurusan kewangan

• Pengurusan sumber manusia

• Perundangan dan kawal atur

Jawatankuasa Audit telah menyemak keputusan audit dalaman yang dijalankan dan telah menimbangkan hasil penemuan

pentingnya, termasuk cadangan oleh juruaudit dalaman dalam bidang utama dan peluang peningkatan yang ada serta pelan

tindakan pemulihan yang disarankan oleh pihak pengurusan. Susulan kajian semula untuk menentukan status pelaksanaan

pelan tindakan berhubung pemerhatian penting akan dilaksanakan oleh juruaudit dalaman pada kitaran kajian semula yang

berikutnya bersama dengan laporan Pengurusan kepada Jawatankuasa dari masa ke masa tentang langkah-langkah yang

telah diambil untuk menangani bidang peningkatan utama.

BIDANG RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

KOMPOSISI

Jawatankuasa ini hendaklah dilantik oleh Lembaga Pengarah dari kalangan mereka dan hendaklah terdiri dari tidak kurang

daripada 3 orang ahli, majoriti hendaklah merupakan pengarah bebas Syarikat. Pengerusi Jawatankuasa hendaklah

merupakan pengarah bebas.

MESYUARAT

Mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Satu korum akan dibentuk apabila sebahagian besar

daripada ahli Jawatankuasa merupakan pengarah bebas. Pengerusi boleh memanggil untuk bermesyuarat mengikut

permintaan dari mana-mana ahli Jawatankuasa, Pengarah Urusan dan juruaudit dalaman serta luaran. Kehadiran kakitangan,

pengarah lain, wakil juruaudit dalaman serta luaran di mesyuarat tersebut bergantung kepada jemputan daripada pihak

Jawatankuasa.

Setiausaha Syarikat atau Penolong Setiausaha Syarikat atau mana-mana individu yang dilantik oleh Jawatankuasa hendaklah

menjadi Setiausaha Jawatankuasa Audit. Setiausaha bertanggungjawab mengambil minit mesyuarat dan mengedarkannya

kepada setiap orang ahli Jawatankuasa dan Lembaga Pengarah.

BIDANG KUASA

Jawatankuasa ini diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menyiasat sebarang aktiviti mengikut bidang rujukannya dan

akan mempunyai akses tanpa batasan kepada juruaudit dalaman dan juruaudit luaran serta ahli pengurusan Kumpulan.

Jawatankuasa ini turut diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk mendapatkan nasihat profesional bebas dan mendapatkan

sumber-sumber luar yang berpengalaman dan berkemahiran relevan jika dianggap perlu dalam melaksanakan tugas mereka.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!