24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

94 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

BIDANG TUGAS

Jawatankuasa Audit (JA) telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah pada tahun 1955 untuk membantu Lembaga Pengarah

melaksanakan tanggungjawab mereka. JA dikawal menurut Bidang Tugas yang dinyatakan di muka surat 95 hingga 96

Laporan Tahunan ini.

KEAHLIAN

Jawatankuasa Audit kini terdiri daripada tiga orang ahli, yang mana dua daripadanya adalah Pengarah bebas bukan eksekutif

iaitu:

1. Datuk Syed Ahmad Khalid bin Syed Mohammed

Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

2. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed

Ahli/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

3. Soong Hee Sang

Ahli/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

(Dilantik pada 22 Mac 2006)

4. Dr Choo Kian Koon

Ahli/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

(Meletak jawatan pada 17 Mac 2006)

MESYUARAT

JA bersidang sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun. Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005, JA telah

mengadakan sebanyak lapan (8) mesyuarat. Butiran tentang kehadiran ahli JA dibentangkan seperti di bawah:

Kehadiran

Datuk Syed Ahmad Khalid bin Syed Mohammed 8/8

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed 8/8

Dr. Choo Kian Koon 8/8

Soong Hee Sang Tidak Berkenaan

Mesyuarat-mesyuarat tersebut turut dihadiri pengurusan kanan Kumpulan serta juruaudit luaran Kumpulan setelah

dijemput oleh Pengerusi Jawatankuasa untuk memberi pandangan mereka semasa menimbangkan perkara-perkara yang

dibangkitkan.

RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

Jawatankuasa Audit telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut sepanjang tahun kewangan dalam melaksanakan tugas serta

tanggungjawab menurut Bidang Tugas mereka.

• Menyemak dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah kelulusan keputusan kewangan suku tahunan serta akhir

tahun, rancangan audit luaran dan yuran yang berkaitan bagi Kumpulan;

• Menyemak hasil penemuan pemeriksaan audit yang dikendalikan oleh juruaudit luaran sepanjang tahun kewangan;

• Kajian terhadap urus niaga suku tahunan Kumpulan dengan pihak berkaitan yang berulangan dan termaktub di bawah

mandat yang diberikan para pemegang saham dan di mana relevan, urus niaga tambahan pihak berkaitan serta keperluan

pendedahan yang sewajarnya;

• Menyemak dan meluluskan rancangan audit dalaman bagi Kitaran 6 dan 7 termasuk yuran yang berkaitan bagi

Kumpulan;

• Menyemak cadangan audit dalaman yang timbul daripada kajian semula audit dalaman dalam kitaran masing-masing

serta pelan tindakan pengurusan untuk menangani bidang peningkatan utama menurut keutamaan pelaksanaan mereka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!