24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

93

• Kumpulan pengurusan bagi unit perniagaan masing-masing, telah menghasilkan pelan tindakan berserta skala masa

pelaksanaan bagi mengatasi isu-isu risiko dan kawalan yang penting menurut profil risiko mereka.

• Profil risiko bagi setiap unit perniagaan akan dinilai semula secara kerap dan telah dikemaskinikan sebanyak tiga kali

sepanjang tahun kewangan, selaras dengan program pengurusan risiko. Pengemaskinian berkala ke atas profil unit

perniagaan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga.

Lembaga beranggapan bahawa rangka kerja pengurusan risiko organisasi adalah kukuh, tetapi masih tertakluk kepada

penambahbaikan yang berterusan, dengan mengambil kira amalan kerja terbaik serta persekitaran perniagaan yang

berubah ubah.

Untuk menggalakkan budaya pengurusan risiko di dalam Kumpulan, sesi latihan pengurusan risiko yang melibatkan

eksekutif dan kakitangan pengurusan berkenaan telah dijalankan pada tahun kewangan untuk mengukuhkan pemahaman

tentang pengurusan risiko syarikat di samping meningkatkan pengetahun dan amalan pengurusan risiko.

FUNGSI AUDIT DALAMAN

Fungsi audit dalaman Kumpulan diserahkan kepada perunding luar yang melapor terus kepada Jawatankuasa Audit.

Audit dalaman akan menaksir kawalan dalaman berkaitan aktiviti utama perniagaan Kumpulan berdasarkan strategi audit

dalaman tahunan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit untuk diluluskan. Fungsi audit dalaman mengguna pakai

pendekatan berasaskan risiko dan menyediakan strategi serta perancangan auditnya berdasarkan profil risiko unit-unit

perniagaan utama Kumpulan.

Laporan audit dalaman, termasuk tindakan penambahbaikan yang disarankan oleh pihak pengurusan, akan dikaji semula

oleh Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa Audit akan membentangkan penemuannya kepada Lembaga berdasarkan kekerapan

kitaran audit dalaman yang ditetapkan di dalam perancangan strategik audit dalaman.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Laporan Jawatankuasa Audit.

RISIKO LAIN DAN PROSES KAWALAN

Sistem kawalan dalaman dan pengurusan risiko semasa Kumpulan mempunyai elemen-elemen berikut:

• Terdapatnya struktur organisasi yang secara formal menggariskan dengan jelas tanggungjawab serta pembahagian kuasa.

• Perancangan perniagaan 5-tahun yang menggariskan strategi pencapaian objektif korporat dan perniagaan Kumpulan,

berdasarkan pemantauan prestasi perniagaan Kumpulan.

• Terdapatnya had kuasa kewangan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif bagi memastikan kebertanggungjawapan

dan pembahagian kuasa yang sewajarnya.

• Terdapatnya sistem kawalan belanjawan di mana belanjawan tahunan disediakan oleh unit-unit perniagaan dan

diluluskan oleh Lembaga. Kajian semula prestasi sebenar berbanding belanjawan kerap dijalankan dan merangkumi

kedua-dua penunjuk utama prestasi kewangan dan bukan kewangan. Semua perubahan penting akan dilaporkan kepada

Lembaga. Tindakan pemulihan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak pengurusan, di mana perlu, bagi mengurangkan

kesan daripada perubahan tersebut.

• Prosedur kendalian standard berkaitan bidang pengendalian tertentu telah diwujudkan bagi mengawal selia operasi

harian Kumpulan. Proses kendalian standard ini akan kerap dikaji semula dari masa ke masa untuk mengatasi perubahanperubahan

dalam persekitaran kendalian perniagaan.

KELEMAHAN KAWALAN DALAMAN YANG MENGAKIBATKAN KERUGIAN

PENTING

Tiada sebarang kerugian ketara yang berlaku dalam tahun kewangan semasa akibat daripada kelemahan di dalam kawalan

dalaman. Pihak Pengurusan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memperkukuhkan persekitaran kawalan

dalaman.

Penyata ini disediakan selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2006.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!