24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

92 PENYATA KAWALAN DALAMAN

PENGENALAN

Perenggan 15.27(b) Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Sekuriti”) memerlukan pihak lembaga

pengarah syarikat yang disenarai awam untuk mengemukakan dalam laporan tahunannya suatu “penyata tentang keadaan

kawalan dalaman syarikat tersebut sebagai sebuah kumpulan”. Lembaga Pengarah (“Lembaga”) Syarikat adalah komited

untuk mengekalkan keadaan sistem kawalan dalaman Kumpulan yang kukuh dan dengan sukacitanya membentangkan

penyata berikut, yang menggariskan ciri-ciri dan skop kawalan dalaman Kumpulan sepanjang tahun kewangan.

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA

Lembaga mempunyai tanggungjawab muktamad terhadap sistem kawalan dalaman Kumpulan termasuk mewujudkan

kawalan persekitaran dan rangka kerja yang bersesuaian serta mengkaji semula kecukupan dan keutuhannya.

Memandangkan terdapatnya had-had yang tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, sistem ini

direka untuk menguruskan, berbanding menghapuskan risiko yang boleh mengelakkan pencapaian objektif perniagaan

Kumpulan. Sistem kawalan dalaman merangkumi prosedur pengurusan risiko serta kawalan kewangan, operasi

dan pematuhan.

Lembaga telah menetapkan suatu proses berterusan bagi mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko-risiko penting yang

dihadapi oleh Kumpulan. Proses ini telah dikekalkan sepanjang tahun sehingga ke tarikh kelulusan laporan tahunan dan

penyata kewangan. Ia telah dikaji semula dengan kerap oleh Lembaga dan adalah selaras dengan Penyata Kawalan Dalaman:

Panduan untuk Para Pengarah Syarikat Senarai Awam (“Panduan Kawalan Dalaman”) yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas

Kawalan Dalaman dengan sokongan dan pengesahan daripada Bursa Sekuriti.

Sungguhpun Lembaga mengekalkan kawalan muktamad terhadap isu-isu risiko dan kawalan, ia telah membahagikan

pelaksanaan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman mengikut rangka kerja yang telah ditetapkan kepada pihak

pengurusan eksekutif. Lembaga telah menetapkan polisi-polisi utama dan telah melaksanakan penilaian khusus berkaitan

sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI

Lembaga menyokong sepenuhnya isi kandungan Panduan Kawalan Dalaman dan melalui Jawatankuasa Audit, ia berterusan

mengkaji semula kecukupan dan keberkesanan proses pengurusan risiko yang dijalankan di dalam pelbagai unit perniagaan

Kumpulan. Dengan itu, Lembaga telah memformalkan proses mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko-risiko penting

yang dihadapi oleh Kumpulan menerusi penubuhan rangka kerja pengurusan risiko organisasi.

Pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap pengurusan risiko, membangun, mengendali dan memantau sistem kawalan

dalaman serta memberi jaminan kepada Lembaga bahawa ia telah dilaksanakan menurut dasar-dasar yang diterima oleh

Lembaga. Jaminan bebas yang selanjutnya diberikan melalui fungsi juruaudit dalaman yang didapati daripada sumber luar

untuk menjalankan audit dalaman ke atas operasi Kumpulan selaras dengan perancangan audit dalaman.

Lembaga percaya bahawa sistem kawalan dalaman yang kukuh harus dikekalkan berdasarkan pemahaman yang jelas serta

penghargaan ke atas unsur-unsur utama rangka kerja pengurusan risiko organisasi Kumpulan seperti yang berikut:

• Melaksanakan satu buku panduan polisi dan prosedur risiko yang menggariskan strategi serta polisi pengurusan risiko,

struktur komunikasi risiko dan pemantauan rangka kerja pengurusan risiko Kumpulan. Dokumen ini adalah tertakluk

kepada kajian dan pembaikan dari masa ke masa untuk mempertingkatkan proses pengurusan risiko.

• Dalam tahun kewangan ini, satu Jawatankuasa Lembaga yang dikenali sebagai Jawatankuasa Risiko telah ditubuhkan

untuk membantu Lembaga mengawal pengurusan risiko secara lebih aktif dan berkesan di dalam Kumpulan UM Land.

Struktur komunikasi risiko telah disemak untuk menggambarkan pembentukan Jawatankuasa Lembaga ini termasuk

penerimapakaian bidang rujukan bagi Jawatankuasa Risiko.

• Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, diberi tanggungjawab untuk

mengenal pasti dan melaporkan kepada Jawatankuasa Risiko semua risiko kritikal yang wujud dan berkemungkinan

dihadapi oleh Kumpulan, perubahan risiko serta pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko-risiko

tersebut.

• Pelantikan Penyelaras Risiko Kumpulan di peringkat Kumpulan serta Penyelaras Risiko di peringkat unit perniagaan

dapat memastikan adanya kepimpinan, arah tuju serta penyelarasan yang jelas bagi penerapan pengurusan risiko di

seluruh Kumpulan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!