24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Para pemegang saham juga berpeluang untuk membincangkan pandangan mereka mengenai perkara-perkara yang berkaitan

dengan Syarikat bersama Lembaga Pengarah di Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (Mesyuarat

Agung). Lembaga menggalakkan semua pemegang saham untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam perkaraperkara

Mesyuarat Agung. Pemegang saham diberi peluang untuk bertanya mengenai resolusi-resolusi yang dicadangkan

serta prestasi dan aktiviti Kumpulan.

Para pemegang saham dan pelabur juga boleh mengunjungi laman web Syarikat (www.umland.com.my) untuk mendapatkan

maklumat Korporat, keputusan kewangan suku tahunan dan semua pengumuman awam yang dibuat oleh Syarikat.

AKAUNTABILITI DAN AUDIT

Laporan Kewangan

Para Pengarah memastikan bahawa penyata kewangan telah disediakan selaras dengan Akta Syarikat, 1965 dan piawaian

perakaunan berpatutan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia agar dapat memberikan penilaian yang

seimbang dan boleh difahami terhadap kedudukan kewangan serta prospek Kumpulan.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung penyediaan Penyata Kewangan Tahunan

Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewangan memberikan gambaran yang benar dan

saksama mengenai hal ehwal Kumpulan pada akhir tahun kewangan serta aliran tunai bagi tempoh tersebut.

Dalam menyediakan penyata kewangan, para Pengarah telah mematuhi dasar perakaunan yang bersesuaian secara konsisten

dan telah membuat keputusan serta anggaran yang munasabah dan berhemat. Para Pengarah turut memastikan bahawa

semua piawaian perakaunan yang sah telah dipatuhi dan telah menyediakan penyata kewangan berdasarkan andaian bahawa

perniagaan akan berterusan memandangkan para Pengarah mempunyai jangkaan yang munasabah, setelah membuat

siasatan, bahawa Kumpulan dan Syarikat mempunyai sumber yang mencukupi untuk meneruskan operasi sejauh yang

nampak pada masa depan.

Para Pengarah juga bertanggungjawab untuk memastikan Syarikat menyimpan rekod-rekod perakaunan yang mendedahkan

kedudukan kewangan Syarikat dan Kumpulan dengan ketepatan munasabah, yang membolehkan mereka memastikan

bahawa penyata kewangan tersebut mematuhi peruntukan Akta Syarikat, 1965.

Para Pengarah bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi aset Kumpulan dan

mencegah serta mengesan penipuan dan sebarang perkara lain yang menyimpang dari kebiasaan.

Kawalan Dalaman

Lembaga Pengarah mengakui tanggungjawab mereka terhadap sistem kawalan dalaman Kumpulan yang merangkumi

kawalan kewangan, operasi dan kawalan pematuhan di samping pengurusan risiko.

Penyata Kawalan Dalaman Para Pengarah yang dibentangkan di muka surat 92 hingga 93 Laporan Tahunan ini, memberi

gambaran mengenai keadaan kawalan dalaman Kumpulan.

Hubungan dengan Juruaudit

Lembaga Pengarah mengekalkan hubungan yang profesional dan telus dengan Juruaudit luar dan dalaman Syarikat melalui

Jawatankuasa Audit. Laporan lengkap Jawatankuasa Audit yang menjelaskan peranannya berhubung juruaudit dalaman dan

luar dibentangkan di muka surat 94 hingga 96 Laporan Tahunan ini.

Penyata ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2006.

91

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!