24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

90 PENYATA URUSAN TADBIR KORPORAT (samb.)

Jawatankuasa Eksekutif

Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) berperanan untuk membantu Lembaga mengkaji isu-isu operasi dan kewangan utama, memantau

perkembangan dan prestasi unit-unit perniagaan serta memastikan pencapaian matlamat dan objektif strategik Kumpulan.

Fungsi-fungsi EXCO merangkumi tetapi tidak terbatas kepada:-

• menilai pelan strategik Kumpulan;

• mencadangkan semua pelaburan dan urusan perniagaan penting kepada Lembaga Pengarah;

• menasihati Pengurusan mengenai dasar dan amalan keseluruhan bagi Syarikat dan Kumpulan;

• mengkaji semula penilaian prestasi dan sistem imbuhan untuk digunakan sebagai asas mengukur keberkesanan Pengurusan;

• memantau pembangunan dan pelaksanaan program perhubungan pelabur; dan

• fungsi lain yang mungkin diserahkan oleh Lembaga Pengarah dari masa ke masa.

Jawatankuasa Lembaga Tender

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengawasi proses pemerolehan tender dan kontrak Kumpulan agar mematuhi

dasar serta keperluan relevan Kumpulan. Jawatankuasa turut menimbang, menilai dan meluluskan tender dalam bidang had

kuasa kewangannya dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti harga, penggunaan produk dan perkhidmatan serta

factor-faktor lain yang relevan.

Jawatankuasa Imbuhan

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mencadangkan rangka kerja imbuhan untuk semua Pengarah eksekutif dengan

memastikan bahawa rangka kerja tersebut mencerminkan prestasi Kumpulan. Jawatankuasa turut mengkaji semula dan

meluluskan gaji tahunan, insentif, perjanjian khidmat dan syarat-syarat pekerjaan bagi Pengarah eksekutif dan kakitangan di

samping mengkaji secara tetap, tahap kompetitif bagi struktur dan dasar imbuhan Kumpulan.

Jawatankuasa Pencalonan

Jawatankuasa Pencalonan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah, calon-calon Pengarah bagi Lembaga Pengarah dan

Jawatankuasa Lembaga serta mengkaji semula struktur dan keseimbangan pelantikan di antara eksekutif dan bukan

eksekutif. Ia turut mengkaji kepelbagaian kemahiran dan pengalaman serta kualiti-kualiti lain yang diperlukan.

Jawatankuasa Risiko

Jawatankuasa Risiko membantu Lembaga memfokus dan membincangkan tanggungjawab penyeliaan risiko Kumpulan.

Jawatankuasa Risiko melapor kepada Lembaga Pengarah dan bertanggungjawab untuk mengekalkan sistem pengurusan

risiko yang berkesan untuk menyumbang terhadap pencapaian objektif-objektif strategik, kewangan, operasi dan perniagaan

Kumpulan. Secara muktamadnya, Lembaga bertanggungjawab ke atas kewajipan keseluruhan Kumpulan terhadap kekhilafan

risiko di dalam Kumpulan.

PERHUBUNGAN DENGAN PARA PELABUR DAN KOMUNIKASI DENGAN PARA

PEMEGANG SAHAM

Kumpulan menyokong prinsip Kod untuk menggalakkan penyertaan pemegang saham dan pelabur serta berkomited untuk

mewujudkan komunikasi yang tetap dan proaktif dengan mereka. Saluran komunikasi formal seperti sidang akhbar diadakan

untuk memaklumkan tentang perkembangan penting dalam perniagaan dan operasi. Prosedur-prosedur tetap turut diwujudkan

untuk memastikan maklumat sensitif mengenai harga saham dimaklumkan kepada pihak awam tepat pada masanya.

Sepanjang tahun yang ditinjau, Syarikat telah mengambil bahagian dalam skim penyelidikan Bursa Sekuriti yang bertujuan

untuk memprofilkan syarikat-syarikat tempatan oleh pakar analisis, yang ditubuhkan di bawah Skim Penyelidikan Dana

Pembangunan Pasaran Modal Bursa. Di bawah skim ini, Standard & Poor’s dan CIMB Securities Sdn Bhd akan menyediakan

liputan penyelidikan Syarikat bagi tempoh dua tahun. Objektif penyertaan Syarikat dalam skim penyelidikan ini adalah untuk

mempertingkatkan saluran komunikasi syarikat dengan pemegang saham dan pelabur.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!