24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

88 PENYATA URUSAN TADBIR KORPORAT (samb.)

Latihan Para Pengarah

Semua Pengarah telah menyertai dan melengkapkan Program Akreditasi Mandatori yang dikelolakan oleh Bursatra Sdn Bhd

dan telah menghadiri program-program latihan yang relevan di bawah Program Pendidikan Lanjut (CEP).

Berhubung dengan pemansuhan Nota Amalan 15/2003 dan Nota-Nota Panduan 10 bagi keperluan CEP yang berkuatkuasa

pada 1 Januari 2005, para Pengarah tidak lagi diwajibkan untuk menjalani CEP. Bagaimanapun, syarikat-syarikat tersenarai

mesti menilai dan menentukan keperluan latihan para pengarahnya secara berterusan. Para Pengarah Syarikat digalakkan

untuk menghadiri program latihan yang relevan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka agar

sehaluan dengan perkembangan industri.

Pemilihan Semula

Selaras dengan Tataurusan Syarikat, satu pertiga daripada para Pengarah semasa hendaklah bersara daripada jawatan pada

setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Pengarah yang bersara boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula.

Pengarah yang dilantik sebagai pengarah tambahan atau untuk mengisi kekosongan dalam tahun adalah tertakluk kepada

pemilihan semula oleh para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang, selepas pelantikan mereka.

Pengarah yang berumur lebih tujuh puluh tahun diwajibkan untuk menawarkan diri mereka untuk perlantikan semula setiap

tahun, selaras dengan Seksyen 129 (6) Akta Syarikat, 1965. Buat masa ini, YBhg Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam tertakluk kepada

pelantikan semula ini.

Jawatan Pengarah di dalam Syarikat lain

Selaras dengan keperluan Penyenaraian Bursa Sekuriti, setiap orang ahli Lembaga boleh menjadi pengarah bagi tidak lebih

daripada sepuluh (10) syarikat awam tersenarai dan tidak melebihi lima belas (15) syarikat bukan awam tersenarai. Ini bagi

memastikan bahawa komitmen, sumber dan masa mereka tertumpu dalam pemberian input yang berkesan kepada Lembaga

Pengarah dan Syarikat. Semua Pengarah mematuhi syarat ini.

Imbuhan Para Pengarah

Imbuhan para Pengarah ditentukan atas tahap yang membolehkan Syarikat menarik serta mengekalkan Pengarah yang

berpengalaman dengan kemahiran yang relevan bagi menguruskan Kumpulan dengan berkesan. Komponen imbuhan

Pengarah eksekutif disusun agar ia sejajar dengan prestasi korporat serta individu. Bagi Pengarah bukan eksekutif, tahap

imbuhan mereka disesuaikan dengan pengalaman dan tahap tanggungjawab yang dipikul.

Pakej imbuhan bagi Pengarah bukan eksekutif termasuk Pengerusi bukan eksekutif, ditentukan oleh Lembaga Pengarah.

Pengarah yang terbabit perlu mengambil sikap berkecuali dalam perbincangan dan pengundian berhubung ganjaran

individu mereka.

Pakej imbuhan para Pengarah adalah seperti berikut:-

i. Gaji pokok - Gaji pokok bagi Pengarah eksekutif dicadangkan setelah menimbangkan prestasi individu dan kadar gaji

untuk jawatan serupa di dalam syarikat yang setanding.

ii. Yuran - Yuran Pengarah adalah berdasarkan jumlah tetap yang ditentukan oleh Lembaga setelah menimbangkan

organisasi setanding dan penyertaan Pengarah dalam pelbagai jawatankuasa Lembaga. Yuran diluluskan oleh para

pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat.

iii. Skim Bonus - Kumpulan mengamalkan skim bonus tidak berkontrak, bagi para Pengarah eksekutif, yang ditentukan

mengikut tahap keuntungan Kumpulan dan prestasi individu dalam tempoh tersebut. Bonus yang harus dibayar kepada

para Pengarah eksekutif dikaji dan diluluskan oleh Jawatankuasa Imbuhan selepas berunding dengan Lembaga.

iv. Manfaat barangan - Manfaat biasa lain seperti penjagaan perubatan, kereta, pemandu, dll disediakan sewajarnya.

v. Opsyen Saham Pengarah - Para Pengarah eksekutif layak menyertai Skim Opsyen Saham Kakitangan Syarikat menurut

syarat dan peraturan sama seperti yang ditawarkan kepada kakitangan. Pergerakan opsyen saham para Pengarah

eksekutif sepanjang tahun yang ditinjau dinyatakan di dalam penyata kewangan beraudit. Tiada opsyen saham

ditawarkan kepada Pengarah bukan eksekutif sepanjang tahun yang ditinjau.

Ringkasan jumlah imbuhan para Pengarah, yang berbeza bagi Pengarah eksekutif dan Pengarah bukan eksekutif, dalam

agregat mengikut kategori komponen yang bersesuaian serta bilangan pengarah, yang mana imbuhannya termasuk dalam

setiap kelompok urutan RM50,000, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005, dibentangkan seperti berikut:

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!