24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

86 PENYATA URUSAN TADBIR KORPORAT

Lembaga Pengarah United Malayan Land Bhd (UM Land atau Syarikat) akan terus

berkomited untuk memastikan piawaian tertinggi diamalkan dalam urusan tadbir korporat

Kumpulan. Ini merupakan tugas utama dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

demi perkembangan dan kejayaan berterusan Kumpulan di samping menjaga dan

mempertingkatkan pelaburan dan nilai para pemegang saham sambil melindungi

kepentingan lain-lain pemegang saham berkepentingan dalam Kumpulan.

Lembaga Pengarah dengan sukacitanya melaporkan bahawa Kumpulan telah mengukuhkan

penerapan prinsip-prinsip tersebut dan mematuhi amalan terbaik Kod Urusan Tadbir

Korporat Malaysia (Kod), sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah terdiri daripada ahli-ahli profesional yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan kewangan

yang relevan untuk memimpin, meneraju dan menguruskan Kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan objektif

perniagaannya.

Komposisi dan Keseimbangan Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah terdiri daripada sembilan (9) orang ahli, yang merangkumi lapan (8) orang Pengarah bukan eksekutif dan

seorang Pengarah eksekutif, di mana empat (4) daripada mereka adalah pengarah bebas. Komposisi ini mematuhi perenggan

15.02 Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Sekuriti) di mana sekurang-kurangnya dua atau satu

pertiga daripada ahlinya merupakan pengarah bebas. Profil ringkas bagi setiap orang ahli Lembaga dibentangkan di muka

surat 8 hingga 15 Laporan Tahunan ini.

Lembaga Pengarah mengiktiraf bahawa semua Pengarah mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menguruskan operasi

Kumpulan. Kehadiran Pengarah bebas bukan eksekutif terutamanya, adalah penting untuk memastikan strategi-strategi yang

dicadangkan oleh Pengurusan dibincangkan dan dikaji sepenuhnya untuk melindungi kepentingan jangka panjang para

pemegang saham dan lain-lain pemegang saham yang berkepentingan di mana Kumpulan mengendalikan perniagaannya.

Terdapat perbezaan nyata dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab di antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan bagi memastikan keseimbangan kuasa yang wajar.

Pelantikan ke Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab untuk mencadangkan pelantikan ke Lembaga dan jawatankuasa Lembaga. Ini

dibuat untuk memastikan bahawa tahap serta komposisi ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang berkaliber,

berpengalaman dan berkelayakan untuk menerajui dan mengurus Kumpulan dengan berjaya.

Peranan dan Tanggungjawab

Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hala tuju strategik keseluruhan Kumpulan. Ia memastikan bahawa

Pengurusan membangunkan dan mengekalkan dasar dan amalan yang kukuh untuk membantu menggalakkan

pertumbuhan dan meningkatkan nilai pemegang saham secara berterusan. Berhubung dengan ini, Lembaga telah

menjalankan tanggungjawab tersebut selaras dengan Amalan Terbaik Kod:

• Menentukan perancangan strategik Syarikat dan Kumpulan;

• Mengawal selia pengendalian perniagaan Kumpulan;

• Mengenal pasti dan menguruskan risiko-risiko utama yang mempengaruhi Kumpulan;

• Mengkaji kecukupan dan keutuhan sistem kawalan dalaman Kumpulan;

• Melaksanakan perancangan turutan untuk memastikan penggantian Pengurusan dalam Kumpulan dilakukan tepat pada

waktunya; dan

• Mengekalkan program perhubungan dengan pelabur dan polisi komunikasi dengan pemegang saham yang berkesan

untuk Kumpulan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!