24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hanya beberapa bulan sahaja selepas pelancaran

projek, 90 peratus daripada unit-unitnya berjaya

dijual! Para pembeli berminat dengan keistimewaan

yang ditawarkan seperti lokasinya yang unggul,

rekaan dalamannya yang menarik, potensi pelaburan

yang tinggi serta konsep uniknya. 20 peratus daripada

pembelinya merupakan pelabur asing. Ini jelas

menunjukkan tarikannya begitu ketara di pasaran

antarabangsa. Projek jirannya, Kondominium Suasana

Sentral, turut menunjukkan peningkatan nilai

semenjak tahun 2002. Malah ada yang telah mendapat

keuntungan daripada kenaikan nilai pelaburan

sebanyak 40 peratus. Dengan 60 peratus daripada

pembelian hartanah tersebut untuk tujuan

pelaburan, jelaslah bahawa projek ini berpotensi

untuk memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

Reka bentuk dan seni bina bangunan ini mempunyai

penampilan yang ringkas lagi kemas. Tambahan pula,

dengan lanskap semula jadi dan persekitaran yang

indah, ia bakal menjadi mercu tanda yang

menampilkan satu pembangunan kondominium

serba mewah di bandar raya Kuala Lumpur.

Konsep unik tab mandi “sunken”

yang eksotik menambahkan lagi

suasana romantik sementara kolam

renangnya yang lengkap dengan

muzik di dalam air, Sky Club, kelab

eksklusif di tingkat 38 yang menghala

ke pemandangan indah di pusat

bandar, kelab istirehat, gimnasium,

tempat BBQ dan bilik pelbagai guna

melengkapkan gaya hidup serba

mewah yang diidamkan.

Suasana Sentral Loft menawarkan pelbagai

keistimewaannya yang tersendiri dan unik seperti

kolam renang infiniti yang lengkap dengan muzik

di dalam air serta bilik mandi utama yang

menakjubkan dengan tingkap-tingkap besar berpanel

kaca, dinding kaca lut sinar dan tab mandi besar

“sunken” yang eksotik. Di samping itu, di tingkat 38

bangunan pula terdapat kelab eksklusif, iaitu Sky

Club, yang menyediakan ruang istirehat, gimnasium,

tempat BBQ serta bilik pelbagai guna. Daripada Sky

Club ini, anda boleh menikmati keindahan Taman

Tasik Perdana.

Keunggulan Suasana Sentral Loft dan ciri-ciri

uniknya amat mengkagumkan sehingga ia hangat

diperkatakan di kalangan para arkitek. Sekiranya

memandu kereta laju membuat anda merasa lebih

muda, kehidupan di Suasana Sentral Loft pasti akan

menambahkan semangat dan inspirasi anda. Secara

keseluruhannya, projek ini benar-benar unik dan

berciri tersendiri.

51

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!