24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

44

Bandar

Seri Alam

Sambil menikmati keindahan kawasan-kawasan hijau yang luas di Bandar Seri Alam, kemungkinan

besar anda merasa seakan-akan sedang berada di sebuah bandar moden terbesar di Johor.

Tapi, sebenarnya anda berada hanya 18km daripada kesibukan pusat bandar Johor Bahru.

Bandar Seri Alam terletak di dalam lingkungan koridor pembangunan Johor Bahru - Pasir Gudang.

Simpanan tanahnya yang luas menawarkan pelbagai peluang pembangunan. Setakat ini, 1,796 ekar

tanah telah dibangunkan dengan pembinaan pelbagai jenis rumah kediaman, kawasan komersial yang

strategik serta sebuah taman luas yang lengkap dengan lanskap yang menawan. Keadaan

pembangunan Bandar Seri Alam yang begitu pesat dan penuh berpotensi menjadikannya projek

perbandaran teragung UM Land.

Perbandaran seluas 3,700 ekar ini boleh menampung 150,000

orang penduduk. Popularitinya semakin meningkat setelah

pelancaran rumah-rumah pamerannya yang cukup menawan

baru-baru ini. Lokasinya yang mudah diakses serta

infrastruktur yang sedia ada menyediakan suatu keadaan

yang sesuai untuk pembinaan pelbagai jenis kediaman

berkualiti dengan pelbagai saiz dan reka bentuk. Apa jua

yang diidamkan oleh keluarga anda – sama ada rumah

yang moden dan canggih, atau yang luas dengan susun atur

yang praktikal dengan nilai terbaik untuk wang anda –

pilihan-pilihan yang ada pastinya memuaskan.

Buat masa ini, 45,000 orang penduduk yang menetap di

Bandar Seri Alam amat berpuas hati dengan keadaan

persekitaran hidup di sini khasnya kawasan-kawasan hijau

yang luas untuk mereka nikmati pelbagai aktiviti luar rumah.

Tasik dan taman yang indah menjadi tumpuan bagi aktivitiaktiviti

rekreasi yang diadakan untuk menjalin kemesraan

sesama penduduk di samping menggalakkan kegiatan riadah

yang sihat. Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang

bersekolah, terdapat tujuh buah sekolah di sini termasuk

sebuah sekolah Cina dan sebuah Sekolah Antarabangsa

Jepun. Kombinasi infrastruktur yang berkualiti, reka bentuk

yang inovatif, kemudahan tambah nilai serta kemesraan

komuniti, terus menarik minat para pembeli rumah untuk

meninjau kehebatan Bandar Seri Alam.

atas Rumah Secret Garden

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!