24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGHARGAAN

Dengan semangat baru, kami bersedia untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Kami berasa amat bertuah dengan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tan Sri

Dato’ Musa bin Hitam sebagai pengarah bukan eksekutif dan pengerusi baru UM Land. Bakat dan rekod

prestasi hebat beliau yang dibawa bersama akan membantu Kumpulan untuk mencapai visi barunya. Kami

menganggap kebijaksanaan dan wawasan jauh beliau sebagai aset yang amat berharga dalam

melaksanakan proses transformasi UM Land.

Kami juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan

selamat maju jaya kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Encik Wan Abdullah bin Wan

Ibrahim yang telah meninggalkan Kumpulan. Sumbangan dan kepimpinan beliau amat dihargai dan

merupakan aspek penting yang telah berjaya membawa UM Land memasuki era yang baru. Buat waktu ini,

Pengarah Kewangan dan Korporat, Encik Pee Tong Lim akan menguruskan semua tugas CEO Kumpulan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja, YBhg Datuk Mohd Khamil

bin Jamil, Dr Choo Kian Koon dan Puan Rita Lau Chen Chen yang telah meletak jawatan daripada Lembaga

selepas penghujung tahun kewangan Syarikat. Kumpulan amat menghargai segala nasihat bermanfaat yang

diberikan sepanjang perkhidmatan mereka dalam Lembaga. Pada masa yang sama, kami ingin mengalualukan

pelantikan Encik Soong Hee Sang dan Tuan Syed Azmin bin Mohd Nursin @ Syed Nor sebagai

pengarah Lembaga.

Penghargaan turut kami tujukan kepada semua rakan sekerja yang berpengalaman dalam Lembaga

Pengarah.

Kepada para pemegang saham, kami memberi jaminan bahawa Lembaga akan terus bekerjasama dengan

pihak pengurusan untuk mencapai matlamat-matlamat korporat melalui strategi perniagaan yang mantap

dan amalan pengurusan yang cekap berpandukan prinsip-prinsip ketelusan dan urusan tadbir korporat

yang wajar.

Terima kasih diucapkan kepada para pemegang saham, rakan perniagaan dan pelanggan kami atas

kesetiaan dan sokongan berterusan anda. Penghargaan turut diberi kepada semua kakitangan kami. Seperti

mana kapal bergantung kepada pengemudinya untuk selamat tiba ke pelabuhan, UM Land bergantung

kepada kesungguhan kakitangannya untuk mengemudikan syarikat dan mengharungi segala cabaran bagi

merealisasikan matlamat kami dengan cekap dan berkesan.

LUI CHONG CHEE

Naib Pengerusi Bersama

DATO’ NG ENG TEE

Naib Pengerusi Bersama/

Pengarah Eksekutif

31

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!