24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

30

Rumah Azeanna, Seri Austin

KECEKALAN

MENGHARUNGI RINTANGAN

Walaupun ketidaktentuan global yang

timbul akibat kenaikan harga minyak

masih belum reda, kestabilan suasana

politik dan ekonomi semasa dijangka

dapat mengurangkan kesannya dalam

tahun 2006. Langkah-langkah fiskal

telah diambil untuk membangunkan

kembali ekonomi, seperti perlaksanaan

projek-projek bernilai RM2.4 bilion

di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.

Ini menunjukkan satu permulaan yang

baik bagi tahun 2006 di mana GDP dijangka

meningkat kepada 6 peratus (Laporan Tahunan

Bank Negara Malaysia 2005).

Walaupun kenaikan kadar faedah mungkin

menjanjikan kestabilan pasaran pengguna pada

tahun 2006, UM Land tetap melihatnya sebagai

tahun yang penuh dengan kemungkinan. Prospek

perkembangan tetap wujud dengan adanya kadar

simpanan Malaysia yang tinggi (36.4 peratus

daripada keluaran dalam negara kasar) dan

belanjawan yang dirangka untuk menggalakkan

dan memberi lebih manfaat kepada sektor swasta.

Berganding dengan profil demografik yang muda,

saiz keluarga yang sederhana dan pemindahan

ke kawasan urban meyakinkan kami bahawa

pembeli masih mampu berbelanja dan ini akan

mengekalkan kestabilan pasaran hartanah.

Dengan adanya kestabilan ini, Kumpulan

bercadang untuk memperkenalkan strategi serta

inisiatif baru pada tahun 2006 dan akan terus

melaksanakan rancangan pembangunan pesatnya.

Pelancaran fasa-fasa baru akan diteruskan

di dalam pembangunan yang sedia ada. Kami

bercadang untuk membawa perspektif baru dan

menambahkan daya tarikan rumah-rumah kami

dengan menawarkan tema dan identiti yang unik.

Untuk mencapai sasaran jualan kami, penekanan

lebih akan diberi kepada penjenamaan dan

kepuasan pelanggan di samping peningkatan

saluran pemasaran.

Antara langkah-langkah yang telah diambil

termasuk menyediakan rumah-rumah pameran

yang mempunyai konsep-konsep canggih

dengan hiasan dalaman yang menawan serta

perancangan pelancaran jualan yang lebih menarik.

Kami juga akan menerokai reka bentuk yang lebih

inovatif dan teknik-teknik pemasaran baru untuk

memasarkan kediaman kami secara proaktif.

MENJANA KEMAJUAN BARU

Sesuatu perubahan pasti akan membawa kemajuan

dan kejayaan.

Bersandarkan prinsip ini, Kumpulan berharap

untuk mencapai visi dan misi barunya melalui

pendekatan baru yang pasti akan membawa

kemajuan dan pertumbuhan yang dinamik.

Ini dijelaskan di dalam pelan strategik 5-tahun

(2006 - 2010) Kumpulan.

Hala tujuan kami dibuat berdasarkan strategi

pertumbuhan yang melibatkan penjenamaan

pemasaran yang agresif, inovasi produk,

pengambilalihan simpanan tanah yang strategik

serta perkongsian pintar.

Dari segi peningkatan operasi, UM Land telah

memulakan strategi produktiviti yang lebih

tertumpu kepada proses perniagaan utama, sistem

sumber manusia, pengurusan maklumat &

komunikasi dan pembentukan sistem imbuhan

menurut prestasi untuk meningkatkan kualiti

sumber manusia kami.

Strategi-strategi membina ini penting untuk

menyerlahkan kedudukan kami di dalam pasaran

yang semakin bersaing dan seterusnya

merealisasikan UM Land sebagai pemaju hartanah

yang terunggul.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!