24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

Tahun lepas telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dan

pencapaian cemerlang dalam strategi perkembangan Kumpulan.

Di samping pembinaan fasa-fasa baru bagi pembangunan

bandaran sedia ada, UM Land telah mewujudkan beberapa

perkongsian pintar bagi menguruskan projek-projek gaya hidup

mewah. Antara pencapaian pentingnya adalah:

• Pelancaran Kondominium Mewah Suasana Sentral Loft

Projek Suasana Sentral Loft yang dilancarkan pada Januari 2005

telah membawa makna baru kepada konsep kehidupan urban

mewah. Seiring dengan kejayaan Kondominium Suasana Sentral

yang habis dijual sepenuhnya, projek Suasana Sentral Loft

menawarkan keunggulan gaya hidup yang diimpikan dan

berjaya mencatatkan jualan sebanyak 95 peratus dalam masa

hanya lima bulan selepas pelancarannya. Kejayaan projek

khusus ini adalah inisiatif gabungan perkongsian pintar di antara Kumpulan dan Malaysian Resources

Corporation Berhad, sebuah organisasi yang bereputasi.

• Pelancaran Seri Austin

Pada Julai 2005, UM Land telah mengotakan janjinya untuk menyediakan kediaman selesa dan unik yang

bernilai tinggi melalui pelancaran projek Seri Austin yang bertempat di koridor maju Mount Austin -

Tebrau, Johor Bahru. Produk pertamanya, ‘Mezza Homes’ rumah teres setingkat dengan tingkat

mezzanine, telah menerima sambutan hangat. 60 peratus unit berjaya dijual pada hari pelancarannya

sahaja dan setakat ini, jualan telah mencapai 88 peratus. Pada bulan November pula, seiring dengan

strategi pemasaran agresif UM Land, pelancaran rumah-rumah pamerannya telah dilaksanakan dalam

suasana karnival yang cukup meriah dan berjaya menarik minat ramai pembeli. Rumah teres dua tingkat

Azeanna dan Azalea turut dilancarkan pada hari yang sama.

• Penyerahan pangsapuri khidmat Seri Bukit Ceylon

Projek khusus dan usaha perkongsian pintar pertama UM Land iaitu pangsapuri khidmat Seri Bukit

Ceylon telah menunjukkan prestasi yang sungguh memuaskan dilihat daripada penyerahannya pada

bulan Oktober 2005.

Kini, 96 buah unit pangsapuri khidmat tersebut diuruskan oleh Ascott International Management Group,

di bawah jenama Somerset. Ascott International Management Group merupakan ahli Kumpulan

CapitaLand dan terkenal sebagai salah satu pemilik dan pengurus kediaman pangsapuri khidmat yang

terkemuka di dunia. Keunggulan Ascott telah terbukti di peringkat antarabangsa dengan kejayaannya

menguruskan beberapa hotel dan pangsapuri khidmat yang mewah di bandar-bandar utama di Asia,

Australia dan New Zealand, UK serta “The Gulf Region”.

Kejayaan penyerahan projek pangsapuri khidmat ini telah mendorong Kumpulan untuk terus melabur di

dalam projek-projek sebegini yang berpotensi untuk menjana pulangan tinggi dan mempunyai tempoh

pembangunan yang singkat.

• Usaha sama dengan Bolton dan CapitaLand dalam pembangunan projek perumahan berprestij

Di awal tahun 2006, satu projek pembangunan yang berpotensi telah dikenalpasti. Dengan pembentukan

usaha sama antara UM Land dengan Bolton dan CapitaLand untuk memperoleh, membangun dan

memasarkan tapak kediaman seluas 4.3 ekar yang terletak di kawasan Jalan Mayang dan Jalan Yap Kwan

Seng. Di bawah usaha sama ini, Bolton dan UM Land memegang kepentingan sama rata sebanyak

35 peratus sementara CapitaLand memiliki 30 peratus ekuiti yang selebihnya.

Usaha sama ini menandakan kesungguhan UM Land untuk memanfaatkan peluang yang ada dengan

mewujudkan perkongsian pintar dengan pemilik simpanan tanah yang strategik dan syarikat hartanah

terkemuka. Lebih-lebih lagi selepas kejayaan kondominium Suasana Sentral Loft yang telah dibangunkan

bersama MRCB. Berbekalkan reputasi tinggi CapitaLand di Asia Tenggara serta keunikan dan kepakaran

Bolton dalam menyediakan hartanah perumahan yang mewah, perkongsian antara ketiga-tiga pihak ini

menjanjikan hasil yang melebihi jangkaan. Tapak ini merupakan salah satu zon kediaman terbesar di

kawasan popular KLCC. Selaras dengan trend semasa yang menggemari gaya hidup mewah di pusat

bandar raya, sebuah kondominium mewah akan dilancarkan di sini dalam tahun 2007.

29

Rumah Deanna, Seri Austin

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!