24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

28

Suasana Sentral Loft

Persaingan di kalangan pemaju kekal sengit dengan penyusunan semula strategi untuk berdaya saing bagi

mengukuhkan keuntungan. Keadaan ini telah memanfaatkan para pembeli kerana persaingan ini telah

menghasilkan pelbagai projek menarik dengan reka bentuk inovatif di lokasi-lokasi yang mudah diakses.

Pemaju juga telah menekankan kepentingan jenama yang bereputasi tinggi serta khidmat pakar pemasaran

yang cekap.

Undang-undang berhubung pemaju telah diperketatkan dan tindakan tegas diambil terhadap pemaju yang

tidak bertanggungjawab. Akibatnya, para pembeli dan pelabur menjadi semakin arif dalam pemilihan

mereka. Senario ini telah memanfaatkan Kumpulan kerana ia mempunyai rekod prestasi yang cemerlang

dengan khidmat pelanggan yang memuaskan.

ULASAN KEWANGAN

Bagi tahun kewangan yang ditinjau, Kumpulan telah mencatatkan hasil sebanyak RM214.81 juta, iaitu

kenaikan sebanyak RM49.96 juta atau 30 peratus berbanding RM164.85 juta dalam tahun 2004. Peningkatan

hasil ini khasnya sumbangan daripada projek kondominium mewah Kumpulan iaitu Suasana Sentral Loft

yang dilancarkan pada awal tahun 2005 dan pembangunan bandar bercampur Seri Austin di koridor maju

Mount Austin - Tebrau, Johor Bahru, yang dilancarkan pada Julai 2005.

Meskipun pertumbuhan hasil kekal positif, keuntungan sebelum cukai Kumpulan hanya meningkat

kepada RM36.86 juta berbanding RM35.02 juta pada tahun kewangan 2004. Ini kerana walaupun margin

kasar produk kekal kukuh sepanjang tahun, perbelanjaan tambahan untuk pemasaran dan penjualan bagi

projek-projek baru seperti Suasana Sentral Loft dan Seri Austin terpaksa dilaksanakan untuk menyaingi

pembangunan lain di pasaran. Di samping itu, unit-unit operasi yang ditubuhkan bagi menguruskan

projek-projek baru ini menyebabkan kos kakitangan dan kos-kos berkaitan turut bertambah.

Dalam pada itu, keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2005 adalah sebanyak RM29.21 juta. Ini mewakili

peningkatan sebanyak 42 peratus atau RM8.64 juta lebih tinggi daripada RM20.57 juta yang dicatatkan

dalam tahun 2004. Pencapaian cemerlang ini berpunca terutamanya daripada cukai yang lebih rendah

selepas kemasukan kira semula cukai bagi sebuah syarikat subsidiari. Selaras itu, pendapatan sesaham

Kumpulan telah meningkat lebih daripada 43 peratus, iaitu daripada 8.8 sen dalam tahun 2004 kepada

12.6 sen dalam tahun 2005.

PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005, para Pengarah dengan sukacitanya mencadangkan

pembayaran dividen kasar akhir sebanyak 5.0 sen sesaham, tolak cukai pendapatan, tertakluk kepada

kelulusan para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Bersama dividen interim

kasar sebanyak 2.5 sen sesaham, tolak cukai pendapatan dibayar pada 22 Februari 2006, jumlah keseluruhan

dividen bagi tahun kewangan ialah 7.5 sen sesaham, tolak cukai pendapatan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!